Sunday, April 16, 2006

Peluang Kerja Sambilan Melalui Program Gayapos

Assalamualaikum dan salam sejatera pembaca semua,

Pertamanya saya ingin mohon maaf atas kelewatan post untuk minggu ini kerana saya menghadapi masalah modem dan tidak dapat akses internet melalui komputer saya. Insyaallah ia akan dapat diatasi pada minggu hadapan.

Selain internet, saya juga ada mencari pelbagai peluang pekerjaan melalui suratkhabar dan majalah terutamanya program berbentuk GAYAPOS. Biasanya saya hanya perlu SMS nama dan alamat kepada pengiklan dan maklumat akan diposkan kepada saya.

Sebenarnya memang banyak peluang yang ada TETAPI mana satukah yang benar-benar SESUAI dan BENAR-BENAR MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG SEPATUTNYA. Antara surat yang sering saya terima ialah;

1) Program Memasang Barangan
2) Program mengisi sampul surat
3) Program Ihsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
4) Program Menjual Maklumat
5) Program berbentuk MLM

Jadi saya akan kupaskan serba sedikit tentang program-program diatas.

#1 - Program Memasang Barangan

Anda hanya perlu membuat sedikit bayaran deposit yang mana ia akan kembalikan jika anda telah menghantar kembali produk yang telah disiapkan. Ada banyak kerja yang ditawarkan seperti pateri PCB, membuat anak patung, menjahit dan sebagainya.

Untuk program ini, saya memang ada pengalaman DITIPU! Saya pernah kehilangan RM70 untuk satu program mengisi syampu didalam botol (untuk kegunaan hotel) tetapi langsung tak menerima apa2 barang yang dijanjikan. Syarikat yang menawarkan kerja ini dikatakan beroperasi di Johor Bahru. Apa yang sangat saya geramkan ialah ia dilakukan dengan cara yang sangat meyakinkan.

Jika kebanyakan program gayapos hanya menggunakan alamat PO Box, tetapi program ini memang kelihatan TULEN kerana turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi. Saya sendiri bercakap dengan En.X (tak ingat nama) yang meyakinkan saya bahawa program ni BUKAN TIPU sebab surat yang diberi mengandungi header syarikat.

Dia kata dia akan hantar kerumah sejumlah botol kosong dan syampu untuk diisi dan selepas 3 hari dia akan datang mengambil produk yang telah siap untuk semakan QC. Jika mereka berpuashati, bayaran akan diposkan kepada saya melalui pos termasuk bayaran deposit saya.

Oleh kerana dah yakin yang saya TAK AKAN DITIPU, maka saya terus buat bayaran pada esoknya guna wang pos atas nama syarikatnya. Namun, selepas tarikh yang dijanjikan, tak datang-datang pun. Saya dail balik nombor yang diberikan tapi tiada jawapan dan kadang-kadang ditutup. Selepas hampir 2 minggu, saya mengalah dan sedar bahawa TIPAH TERTIPU!.

Selepas pengalaman tu, saya terjumpa lagi iklan seperti MEMASUKKAN MANCIS KEDALAM KOTAK dan surat yang diterima mempunyai bentuk yang hampir sama dengan program mengisi syampu yang telah saya sertai sebelum ini. Dan selepas itu, saya mula berfikir “secara logiknya takkan syarikat mancis gunakan pekerja sambilan untuk buat kerja nie, bukan ke sekarang nie ada banyak mesin automati”.

Apa yang pasti, orang macam ni memang sentiasa ada idea untuk menipu dan dia lakukannya dengan sungguh professional sekali! Takpe la, kat dunia dia lepas, tapi kat akhirat sendiri jawab la kan!

Maaf sebab emosional sikit. Tapi memang geram bila ada orang yang sebangsa dan seagama dengan kita buat macam tu. Mungkin saya tak terasa sangat , tapi bayangkan jika ada yang memang betul-betul susah dan memang memerlukan kerja, RM70 adalah jumlah yang sangat banyak.

Bayangkanla kalau duit tu la sebenarnya dia nak gunakan untuk beli susu anak atau ubat, tapi sebab dijanjikan peluang untuk tambah pendapatan dia sanggup gunakan dulu untuk bagi pada si PENIPU ni.. Hanya Allah yang akan Membalasnya.

Sekali pikir, saya yang belajar sampai ke menara gading ni pun boleh tertipu, inikan pulak orang lain.. entahla, segan jugak nak mengaku tapi itulah hakikat hidup.

# 2 - Program Mengisi Sampul Surat.

Kebanyakannya memerlukan anda buat bayaran pendahuluan untuk “membuka fail” dan untuk kos cetakan bahan. Anda dijanjikan pendapatan lumayan untuk setiap sampul surat yang diposkan. Saya kurang pasti sama ada ia tipu atau tidak tapi dari pemerhatian saya ia memang kelihatan seperti satu penipuan sebab

1) ayat yang digunakan langsung tak professional. Seolah-olah diterjemahkan sepenuhnya dari bahasa inggeris oleh orang yang tak berapa faham bahasa Melayu. Macam pelat cina pun ada.
2) Isi kandungan yang tak menceritakan secara detail apakah surat yang akan diposkan dan bagaimana dapat income. Hanya kata bila sertai, anda akan dapat sampul surat, anda hanya masukkan risalah untuk diedarkan. Kat sapa nak edarkan? Itu kena cari sendiri la.
3) Ada jugak yang kata alamat dan setem turut disertakan. Anda hanya perlu lipat risalah dan masukkan kedalam sampul surat lepas tu dapat duit. Logik ke ada kerja yang begitu senang dan lumayan?

Sejak melayang RM70, saya mula curiga dengan program gayapos yang banyak diiklankan sebab kebanyakannya menjanjikan KERJA SENANG, INCOME LUMAYAN. Tak pulak cerita tentang produk. Lagi satu, sebab kebanyakannya berlindung disebalik alamat PO Box, langsung takde kaedah lain untuk bertanya seperti telefon atau emel. Kalau kena tipu.. lesap macam tu je duit.

Kalau ada yang BERJAYA @ DITIPU tentang program macam nie, boleh la bagi komen sebab saya tak pernah join pun sebab dah serik.

# 3 – Program Ikhsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli

Program macam ni memang banyak saya dapat samaada melalui pos atau emel. Ada macam-macam nama seperti sumbanganikhlas, ikhsan dan sebagainya. Saya tak pernah cuba sebab terasa macam PEMINTA SEDEKAH la pulak. Jangan marah kalau ada yang sertai dan berjaya mengumpul ribuan ringgit.

Kenapa saya kata macam tu? Sebab setiap orang yang menyertai program ini perlu memberi sedekah dan menerima sedekah. Tak salah untuk kita bersedekah sesama insan, tetapi adakah kita benar2 sedekah kepada orang yang betul2 memerlukan?

Memang la kalau sedekah kat orang yang datang rumah atau orang yang ada kat pasar malam tu kita sendiri pun tak pasti sama ada dia benar2 susah atau tidak tapi sekurang2nya kita dah tengok keadaan dia yang nampak memang susah (walaupun dia berlakon).

Bukan saya tak nak join benda macam ni, ada jugak niat nak join dulu, tapi bila dipikir2 semula, rasanya lebih afdal jika saya sedekah kepada orang yang saya nampak dan yakin dia memang susah dan sangat memerlukan wang untuk meneruskan hidup berbanding mereka yang menyertai program seperti ini dengan harapan untuk menjadi KAYA?

Cara mudah untuk bersedekah, hanya taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantarkan ke 33533 untuk Tabung Bersamamu TV3.

Kalau nak jadi KAYA atau tambah pendapatan, sebaiknya saya BEKERJA dengan tenaga, masa dan ilmu yang ada. Bukan sengaja cari kerja yang susah, tapi kepuasan apabila memperolehi WANG apabila kita bekerja adalah lebih terasa berbanding menerima sumbangan wang dari orang lain!

# 4 - Program Menjual Maklumat

Konsepnya hanpir sama dengan menjadi agen atau affiliate dimana kita akan dapat komisen dari jualan yang dilakukan. Satu lagi cara ialah kita akan menerima produk yang boleh kita jual semula dan ambik 100% keuntungan dimana ia hampir sama dengan Master Resell Right bagi ebook di internet.;

Apa yang saya kesalkan ialah, kebanyakan maklumat yang diterima “langsung tak berbaloi” untuk dimiliki. Saya pernah membayar RM35 untuk maklumat yang saya kira entah apa-apa. Namun tidak semua begitu kerana saya pernah membeli buku berharga RM20 tetapi memang kagum dengan kualiti info yang diberikan dan bentuk fizikal buku yang professional. Walaupun nilai maklumat adalah subjektif, sebaiknya biarlah ia dirasakan berbaloi dengan apa yang akan diperolehi.

Kebanyakan maklumat yang dijual adalah berkaitan cara nak buat duit, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Apa yang lebih mengejutkan saya ialah, saya pernah menerima surat jualan yang menjual produk berbentuk mistik (seperti syiling lama, susuk, minyak senyonyong dsb), ada juga yang menjual teknik untuk menang besar bila beli nombor ekor! Nauzubillah.. nampaknya dah terlalu ramai yang semakin “gilakan duit”.

Tetapi sekarang ni saya lebih tumpukan kepada mendapatkan koleksi ebook yang kebanyakannya saya perolehi secara PERCUMA di internet. Anda juga boleh menulis ebook atau buku anda sendiri jika mahu dan jual pada harga yang anda sendiri tetapkan! Tapi ingat, pastikan ia benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca.

#5 – Program berbentuk MLM

Mengembangkan perniagaan MLM melaui pos adalah salah satu cara yang bijak. Dan saya selalu jugak terima surat tawaran tentang program seumpama ini. Biasanya saya akan teliti dulu marketing plan. Oleh kerana saya lebih suka join program MLM melalui internet, jadi saya agak kurang berminat dengan yang berbentuk gayapos ni.

Walau apa pun, saya suka tengok pelan pemasaran syarikat yang diterima untuk dibuat perbandingan dengan syarikat yang saya sertai. Buat masa ini, saya masih yakin bahawa syarikat yang saya pilih adalah lebih sesuai untuk saya.

Selain MLM biasa yang berasaskan produk kesihatan dan barang keperluang harian, banyak juga tawaran yang diterima mengenai MLM prepaid. Ia juga saya sekadar jadikan sebagai rujukan sahaja kerana saya lebih suka jika ia turut menawarkan sokongan secara online juga.

Tetapi, alhamdulillah sebab saya rasanya tak pernah lagi terima tawaran mengenai MLM yang “diragui” kerana kebanyakan syarikat yang ditawarkan kepada saya telah agak lama beroperasi. Mungkin kerana promosi melalui pos ni memerlukan kos yang agak tinggi berbanding internet.

Okla. Rasanya dah banyak jugak yang saya tulis. Walau apa pun program yang anda jumpa, jika anda telah ada serba sedikit ilmu pengetahuan mengenainya, anda pastinya akan dapat mengurangkan menjadi mangsa. Saya tidak mengatakan semua program gayapos menipu atau tak betul dan saya ucapkan TAHNIAH jika anda telah berjaya melakukannya. Apa yang penting ialah jangan malas untuk membuat penyelidikan dan jangan mudah terpedaya dengan janji KERJA MUDAH, UNTUNG LUMAYAN.

Salam sukses!

Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm

12 comments:

Anonymous said...

hehe, pengalaman akak sama lebih kurang sebiji dengan pglmn saya terutama program kerja kat rumah tu. Hmm, agak susah nak jumpa kerja2 senang yg mudah itu..

Pasal program isi surat, actually bukan mereka yang bayar kita, tapi kita yg perlu cari customer. Pendek kata mcm program affiliate lah. Cari org, dapat bayaran, ambil komisen dan bayar selebihnya kpd 'company' beserta dengan order apa2 produk. Kalau tengok, ia tidak salah, tapi yang salah ialah ia tak diberitahu awal2 flow begitu. Beritahu awal2 kan mudah. Style mcm tu lebih kurang drop ship. Bab kena bayar bagi saya ada dua pendapat. Kalau utk starter kit, oklah, jika ia berbaloi (mcm MLM lah). Kalau bayar, dan diberikan entah apa2, kita terkontang-kanting, company tak follow-up atau berikan 'bantuan', susahlah.

Ermm, pada pemerhatian saya (sejak tahun 1995 lagi), model gayapos byk disalahgunakan. Padahal ia boleh dijadikan platform utk mencari rezeki. Di luar sana spt US, mail order merupakan salah satu industri yang berkembang pesat.

Hmm, org kita ni kreatif, bukan takat model gayapos diguna utk menipu, bahkan menggunakan internet.. Maka kita yg sedar ini 'bertanggungjawab' utk menyebar benda yg betul..

Wassalam.

Anonymous said...

hmm.. good sharing. tak pernah cuba pula. ada sekali nyaris nak bayar utk proses iklan ke apa ntah. kena bayar rm20 tak silap untuk dapatkan kit.

abixpert said...

wife saya (masa belajar dulu, blom jadi istri) penah kena juga.
dah bayar, tapi tadak apa2 pon reply dari company tu..
nasib saya sempat nasihatkan wife saya tu utk amik package paling murah, untuk test tipu ke tak...

then... kena tipu!

baru tadi....
04 may 2006 jam 09:27:20,

bank in duit RM20 utk jadi Ajen Pengiklanan Data (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) Secara Sambilan.

tapi, bila hantar email utk pengesahan selepas bank in....

4.79.181.15 failed after I sent the message.
Remote host said: 554 delivery error: dd This user doesn't have a
yahoo.com account (XXXXXXXXX_mails@yahoo.com) [-5] -
mta235.mail.mud.yahoo.com

pergh... tersentak jiwa raga, sebab cam kena tipu je, dan buat masa sekarang, mmg duit sesak sangat, sebab saya sambung pengajian serta tidak bekerja.

tapi... saya jadikan benda tu sebagai pengajaran hidup.

apa saya buat sebelum join?
1. dah google tentang prog serta email tu kat internet, tapi tak jumpa...
2. dah syak tipu, sebab guna hosting free

tapi, kenapa saya join JUGA:
1. sebab dia gunakan ayat2 power, pastu bagi salam dulu kat post... (islamic, erm... takan nak gunakan agama utk menipu?)
2. dia gunakan ayat ni
"JANGAN BIMBANG!!! Kami tidak menipu anda semata-mata untuk mendapatkan bayaran pendaftaran yang tidak seberapa itu. Tiada gunanya nama baik XXXXXXXXXXX Mails® yang sedia terpelihara ini terjejas semata-mata kerananya. Kami di XXXXXXXXX Mails® juga berkongsi impian yang sama seperti anda... BEBAS DARI BELENGGU KEWANGAN DAN MENIKMATI KESENANGAN HIDUP BERSAMA YANG TERSAYANG! Kami akan membantu anda bagi merealisasikannya, dan amat berbesar hati untuk menerima segala maklum balas dari anda. Mulakan langkah anda yang pertama ke arahnya, dan jadilah sebahagian dari keluarga besar XXXXXXXXXXXX Mails® hari ini juga."

apa yang saya buat selepas tau email itu tak wujud:
1. hantar PM kat user tu cakap email invalid
2. hantar email melalui forum tersebut kat user tu.

PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT:
1. bila dah search kat internet, sepower mana ayat advertising dia, kalau tak jumpa maklumat yang kukuh tentang sesuatu prog atau sykt, JANGAN JOIN!.
2. email dulu kepada owner tentang kelebihan prog tersebut.

siantan77 said...

terima kasih kepada abixpert kerana sudi kongsi pengalaman. memang penting buat research dulu sebelum sertai mana-mana program.

harap kita semua akan dpt serba sedikit pengajaran untuk dijadikan peringatan.

abixpert said...

Saya telah meminta refund daripada pemunya program. Dia ada respond kepada email saya yang saya hantar melalui forum. Dia telah attach beberapa risalah, eBook, bagaimana program ini berjalan.

Daripada pembacaan saya, terdapat banyak lagi program sebegini yang dibuat oleh orang lain pula kerana di dalam risalah yang telah diberikan, ada disertakan alamat website yang lain.

Bagaimana program ini berjalan, samalah seperti sedekah yang banyak di edarkan di internet dan "outernet" :D.

TETAPI.... program sedekah itu adalah secara terang terangan. Telah diberitahu awal2 bahawa ianya sedekah.
TETAPI... program ini menipu orang lain mengatakan bahawa kerja data entry....

p/s: (Jika puan beri kebenaran) saya akan menulis update tentang program ini dari semasa ke semasa untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak ditipu. Dan di akhir sekali baru saya dedahkan program ini.

Anonymous said...

adid_r1250@yahoo.com

saya pun pernah kene..
konon nak tambah pndapatan tapi kene tipu..
saya amik iklan dari paper bacaria..
nama syarikat nurharaCreative..
melayang gak la duit dlm rm40//
pastu dia cuma suruh kita ikan kan benda yang sama pada orang...
penipu btulll...

Engku Attilla said...

hi..

saya still blajar lagi.. dan sy pun pernah tertipu dengan program EM-PAY... sy masuk.. diaorang cakap x cari downline pun dapat duit.. sy pun join... tapi x ada ape pun yang dapat.. semuanya penipu....

CiK NaB AnGGun said...

huhuhu..nsib baik ade artikel ni..selamat kwan sy dr tertipo oleh helah duniawi..ngeh2..

eddy-kb said...

hmm..sy pun nyaris join program gayapos ni.Kononnya nk cari duit tepi. mmg ayat2 dlm iklan diorang ni cukup meyakinkan & menitiskan air liur kita.Ada yg bg alamat lengkap & bukan m'gunakan P.O Box jer. Salah satunya kat melaka.

Tp lps baca komen kat sini,terus sy m'curigai syarikat t'sebut.Terutamanya soal pembayaran komisen yg dijanjikn.

Sy t'fikir gak, camne cara diorang nk bayar kat kita.Pos surat je,dapat duit.Keliru byk benda gak la...Dh la nk join tu kena bayar RM35. Kalau dia tipu,tak ke haru?

RM35 amatlah besar nilainya bg mereka yg memerlukan... Lu fikirlah sendiri!!!

eddy-kb said...

sy pun nyaris menyertai program buat duit gayapos ni. ayat2 dlm iklan diorang mmg power & melelehkan air liur sesiapa yg membacanya.Memang menarik & kerjanya sgt mudah.Isi sampul surat & poskan kpd alamat yg diberi.Kemudian dapat imbuhan $$$...

tp selepas membaca pendapat ramai yg majoritinya pernah tertipu,sy jadi takut utk meneruskan niat sy membuat duit gayapos tu.

Mmg kebanyakan syarikat yg menawarkan peluang itu menyembunyikan identiti sebenar mereka atas alasan keselamatan & sebagainya.Mereka hanya menggunakan alamat P.O Box. Kalau stakat nombor telefon,sesiapa pun berani bagi.

w/pun ayat2 mereka seolah meyakinkan kita,tp masih ada yg perlu kita selidiki supaya tidak menjadi mangsa penipuan.Contohnya cara pembayaran komisen kepada kita & dari mana hasil pendapatan itu diperolehi.Cara kerja yg sebenarnya juga perlu kita ketahui.Selidik dahulu identiti sesebuah syarikat & individu yg menawarkan program seumpamanya...

Ini kerana kebanyakan tawaran itu akan kita perolehi setelah membayar sejumlah wang.Ada yg RM35 & sebagainya...

W/pun bunyinya sikit (alaa..RM35 je..), tp bayangkan jika si penipu berjaya mendapat wang dari 1000 orang dlm sebulan.Dh RM35000 wooo...Mengalahkan menteri yg terpaksa bekerja keras!! Ini bukanlah mustahil kerana zaman sekarang semakin ramai orang yang mencari sumber pendapatan sampingan dgn cara mudah..mereka akan terus mencari & mencari..(termasuklah saya)

RM35 juga amat besar nilainya bagi orang2 yang kesempitan wang.Sudah tentu mereka akan belanjakannya sebaik mungkin supaya tak kebuluran...fikirlah sama2. JGN MUDAH GELAP MATA DENGAN DUIT!!!

Anonymous said...

kah kah kah....sama la kite...kena tipu buta2...sebab nak duit punya pasal!

jenkazama said...

slm kak,tq kongsi pgalaman yg sgt2 berguna tu..isteri sy pun pnh tertipu dek "siamang" yg minta rm70 tu, kak..ksian die kcewa sgt2..niat dia baik,nk cari rezki lbh nk tlg sy..tp siang2 kna tipu..tu pngalaman 3-4thn dlu..skg ni kte org lbh berhati2 dlm bab tmbah pndapatan gaya pos ni..rsa nye lbh puas at kuar umah kul 8,blk kul 5...tiap2 bln g ATM kuar duit..wlaupun xbyk mane tp sng at xkna tpu..mari la kite same2 brdoa@solat hajat mudah2an pnipu2 durjana yg ada d luar sane,d timpa ksusahan,kcelakaan,kmusnahan mahupun kmatian...allahuakbar!!!