Thursday, June 29, 2006

Update Tentang Affiliate Saifulsham dan PlazaCentre

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya ada beberapa update untuk anda.

1) Saifulsham Affiliates: Hadiah untuk dimenangi.

Pihak saifulsham kini turut menawarkan beberapa hadiah yang cukup menarik untuk para affiliate mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Berikut adalah hadiah yang dijanjikan oleh mereka selain daripada komisen yang bakal diperolehi.

Tempat 1: 1 Seat Seminar SaifulSham (RM497)
Tempat 2: Seutas Jam Tangan Swatch (RM 150)
Tempat 3: Sebuah Pengisar Jus Pensonic (RM 100)
Tempat 4: Sebuah Cerek Elektrik Pensonic (RM50)
Tempat 5: Sebuah Pembakar Roti Pensonic (RM 40)
Tempat 6-10: Sehelai T Shirt Ekslusif Saudagar.com.my (perlu buat sekurang-kurangnya satu jualan)

Tawaran ini terbuka bermula dari Jam 0:01 Isnin 26/6/06 sehingga jam 23:59 16/7/06 atau seat seminar sesi ke 2 habis, yang mana lebih awal.Buat makluman anda, atas permintaan ramai yang tidak berkesempatan untuk pergi ke sesi 1, pihak Saifulsham telah mempercepatkan sesi 2, dari jadual asal di bulan 8, kepada 23/7/2006.

Maklumat lanjut berkaitan Seminar ini dan program affiliate ini, boleh lawat laman web http://www.tambahpendapatan.com/seminarinternet.htm

2) Tempahan VCD Bina Laman Web di buka semula

Pihak PlazaCenter telah membuka semula tempahan untuk VCD tersebut. Berikut adalah serba sedikut maklumat tentang VCD tersebut.
-------------------------------
Video ini merupakan rakaman screen dan suara (Syarahan) secara langsung dan serentak ketika saya membuat laman web menggunakan microsoft frontpage. Sambil buat, saya akan bercakap,menjelaskan fungsi butang-butang, menaip kod-kod, memberi penyelesaian masalah-masalah, memasukkan script-script, gambar, animasi dan sebagainya.

Ia terakam dari laman web itu kosong sehinggalah menjadi laman web yang canggih, bergerak-gerak, banyak gambar dan mukasurat serta banyak fungsi automatik seperti sebuah laman-laman web perniagaan internet. Rakaman inilah yang membantu anda membina laman web step by step.

Tambahan pula tools freeware disertakan dalam cd ini. (Microsoft frontpage beli sendiri la.... itu bukan freeware). Berpuluh E-book mengenai laman web dan tips-tips buat duit di internet juga disertakan. (ini bonus free, sesuai bagi yang suka membaca sahaja sebab beribu muka surat dan berpuluh topik)
--------------------------------------
Maklumat lanjut berkaitan VCD boleh didapati melalui laman web http://www.tambahpendapatan.com/vcdbinaweb.htm .

3) Blog "Make Money Blogging Guide"
Saya juga baru sahaja menyediakan satu blog berkaitan Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Menggunakan Blog di http://make-money-blogging-guide.blogspot.com . Saya akan postkan pelbagai artikel yang menarik dan boleh dimanfaatkan oleh kita semua. Jemputla datang menjenguk ye.

Salam sukses!

Asmawati Abdul Manap
http://www.tambahpendapatan.com

Friday, June 23, 2006

Panduan Profesional Untuk Bekerja Di Rumah Dengan Anak-anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu artikel yang boleh dijadikan panduan untuk surirumah yang bekerja di rumah (seperti saya). Harap ia juga akan dapat memberikan manfaat kepada anda juga.

Salam sukses!
Asmawati Abdul Manap
http://www.tambahpendapatan.com


-----------------------------------------------------------
Panduan Profesional Untuk Bekerja Di Rumah Dengan Anak-anak

Anda adalah salah seorang daripada mereka yang bernasib baik. Anda telah berjaya menangai kedua-dua dunia dengan memilih untuk tinggal di rumah dengan anak-anak anda dan pada masa yang sama masih lagi mempunyai kerjaya. Jadi, bagaimanakah anda melakukannya? Berikut adalah beberapa panduan:

Kawal Persekitaran Anda
Sebuah pejabat khas akan membantu anda focus dengan kerja. Dan sebuah tempat bekerja yang teratur akan membantu mengurangkan gangguan dan membolehkan anda menggunakan sepenuhnya masa lapang anda yang terhad.

Pecahkan Kerja Kepada Beberapa Kumpulan Kecil Yang Boleh Diuruskan
Buatlah satu senarai perkara-perkara yang anda perlu buat. Semasa anak saya jaga, dia mendapat sepenuh perhatian saya, walaupun saya sentiasa mempunyai senarai perkara yang perlu dibuat di atas meja saya. Senarai itu menjadi bertambah panjang di sepanjang hari dan apabila masa tidur tengahari tiba, saya menumpukan perhatian menyelesaikan tugas di tangan.

Gunakan Masa Senyap Anda Sebaik Mungkin
Bilakah masanya anda paling produktif? Mungkin anda boleh menyiapkan kerja pada waktu siang (ketika anak anda sedang tidur tengahari atau berada di sekolah), tetapi malangnya, kadang kala peluang terbaik bagi produktiviti muncul ialah apabila anak anda sedang tidur pada waktu malam. Waktu kerja saya, contohnya, biasanya bermula pada pukul 3 pagi. Dengan cara ini, saya boleh meluangkan masa yang berkualiti tanpa gangguan dengan anak saya pada waktu siang.

Ingatlah Keutamaan Anda
Seorang kanak-kanak yang diabaikan oleh ibunya yang bekerja di rumah mungkin lebih baik berada dalam jagaan seseorang yang kurang diganggu.

Dapatkan Bantuan Apabila Anda Memerlukannya
Lesley Spencer ialah pengasas dan pengarah Home-Based Working Moms. Saya rasa adalah penting untuk memahami bahawa amat sukar untuk menjadi seorang ibu dan pekerja yang berjaya masa yang sama,” kata Spencer.

Jika anda bekerja, anak-anak anda akan memerlukan perhatian anda. Tentulah, anda boleh melakukannya dengan jumlah kerja dan panggilan telefon yang sedikit, tetapi jika anda berulang kali cuba membuat kerja semasa anak anda bersama dengan anda adalah tidak adil bagi mereka atau bagi anda juga.

Saya rasa adalah lebih baik jika anda bekerja semasa anak anda sedang tidur atau semasa berada di sekolah. jika anda bekerja lebih darpada 10 jam seminggu, anda mungkin perlukan pertolongan luar untuk memberikan anak anda perhatian yang mereka perlukan.

Pertimbangkan prasekolah separuh masa, program Hari Bersama Ibu, penjaga bayi di kawasan kejiranan anda, ahli keluarga atau rakan-rakan atau pusat penjagaan kanak-kanak bersama untuk membantu menjaga anak anda.”

Sumber: ehomemakers.net

Saturday, June 17, 2006

Kembali Dari Percutian Yang Panjang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Agak lama saya "berehat" dari sebarang aktiviti online kerana sibuk dengan urusan keluarga. Percutian selama 3 hari 2 malam ke Pulau Tioman bersama mak, ayah, adik-beradik(7 orang semuanya) dan mak saudara dari Kedah memang best! Seronok jugak sebab sudah agak lama kitaorang adik beradik tidak berkumpul bersama. Maklumlah ada yang dah berkeluarga selain komitmen dengan kerja.

Lepas ke Tioman, saya pulang ke Pasir Mas, Kelantan pulak untuk bercuti bersama keluarga mertua hampir seminggu. Jadi, bila sampai di KL hari Rabu, tak dapat online untuk sehari dua. Maklumla bila dah tinggalkan rumah hampir 2 minggu, banyak yang perlu diselesaikan.

Agak banyak email yang perlu diambil tindakan, tetapi email dari salah seorang rakan yang memaklumkan tentang satu program Affiliate terbaru memang menarik minat saya. Ia adalah

Program Affiliate yang dijalankan oleh Team Saifulsham bagi Program Seminar Perniagaan Internet yang mereka kendalikan. Berikut adalah serba sedikit maklumat berkaitan program ini.
-------------------------
Affiliate ini baru dilancarkan hari ini dan anda adalah antara orang terawal yang mengetahui tentangnya.Saya amat yakin ia akan menggegarkan Malaysia kerana diterajui oleh dua orang pakar pemasaran internet tempatan yang terkenal.

Kelebihan Menyertai Affiliate ini :
[+] Affiliate PERCUMA dan MudahTidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal. Affiliate ini akan membayar anda sejumlah RM50 untuk setiap jualan yang dihasilkan oleh anda.Berbeza dengan program affiliate lain, Affiliate ini akan melatih anda dan membentuk anda menjadi usahawan Internet yang beretika dan berjaya.

[+] Program Paling Mudah Dan Menguntungkan.Apabila anda menyertai Affiliate ini anda akan dibekalkan dengan marketing materials yang bermutu tinggi dan mencukupi untuk mempromosi produk mereka yang bemutu tinggi.Apabila affiliate link anda di klik menuju ke web, aktiviti mereka akan dikesan dan direkod oleh perisian affiliate yang canggih.Jika pengguna tersebut membeli, akaun anda akan direkodkan dan dibayar komisyen yang lumayan.

[+] Laporan Pemasaran Terkini & Sistem Canggih.Semak penyata trafik, jualan dan statistik akaun anda 24 jam sehari dan lihat bagaimana prestasi perniagaan Internet anda.Jangan tunggu lagi, sertai sekarang dan anda berpeluang membina rangkaian yang besar kerana affiliate ini menyediakan program 2nd Tier dimana anda mendapat komisyen 10% hasil jualan downline anda.
----------------------------------------
Jadi, dapatkan maklumat lanjut dan mendaftar sebagai affiliate secara PERCUMA melalui web http://www.tambahpendapatan.com/seminarinternet.htm

Selain itu, saya ada juga menerima Jemputan untuk Thank You Lunch bersama Gobala Krishnan (penulis Chapter M) pada 19 Jun 2006 (Isnin) ni. 5 orang pertama yang sampai akan dapat makan FREE! sebab dia akan belanja. Jadi, kepada sesiapa yang dah beli Chapter M dan mendapat jemputan ni.. kalau ada masa dan kesempatan, boleh la pergi. Bagi saya, tak dapat la nak pergi..

Akhir sekali, saya nak maklumkan bahawa saya dah letakkan kembali shoutbox di blog ini. Sebelum ni saya keluarkan sebab ada masalah di pihak shoutmix.com. Jadi, sekarang ni nampaknya masalah tu dah diselesaikan, saya letakkannya kembali. Jadi, sesiapa yang minat nak bagi apa-apa komen atau cadangan, boleh jugak gunakan shoutbox tu.

Okla, rasanya tu je posting saya buat masa ni. Banyak idea dan perancangan yang diperolehi time bercuti yang perlu saya gerakkan sekarang.

Salah sukses!
Asmawati
http://www.tambahpendapatan.com