Saturday, July 08, 2006

Pengurusan Masa, Google Adsense dan Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama saya tidak membuat posting di blog ini kerana kurang berkesempatan. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda dua tips yang sangat menarik tentang perancangan masa yang ditulis oleh Dr. Irfan Khairi.

1) Rancang hari anda pada malam sebelumnya!
2) mengurus masa, apa yang perlu didulukan?


Anda juga boleh dapatkan lebih banyak tips dari beliau dengan melawat blog beliau di http://www.irfankhairi.com/blog . Bagi saya tips ini walaupun nampak mudah, kadang-kadang kita terlupa nak buat.

Saya sendiri nampak perbezaan produktiviti kerja saya jika saya mencatat senarai THINGS TO DO di dalam planner saya. Bila saya ada senarai untuk dirujuk, saya boleh siapkan 10 kerja dalam masa 1 jam tetapi kalau TANPA RUJUKAN saya boleh menghabiskan 2 jam tanpa menyiapkan sebarang kerja!

Kenapa jadi macam tu ye? Sebab oleh kerana bidang ni memerlukan saya banyak melayari internet, kita boleh tersasar dari tujuan asal hanya dengan satu klik sahaja. Jadi saya kira, 2 artikel hari ini akan dapat dijadikan panduan kepada saya (dan anda) untuk lebih bijak menguruskan masa.

----------------------------------------------------------
1) Rancang hari anda pada malam sebelumnya!
Oleh Irfan Khairi

Salah satu topik paling penting dalam kejayaan adalah pengurusan masa (time management). Satu cara untuk menentukan masa anda tidak terbuang dan penggunaan masa anda yang lebih efektif adalah untuk anda merancang hari anda sehari sebelumnya.

Ambil masa 10 minit- 20 minit pada setiap malam untuk merancang hari esok anda. Dengan menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan, dan waktu sepatutnya kerja
tersebut selesai, anda akan menjimat berjam-jam masa berbanding dengan hari yang anda
tidak merancang apa-apa.

10 - 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa anda keesokannya! Sediakan satu senarai apa yang anda perlu lakukan (1-2-3-4-5…), dan waktu kerja tersebut perlu diselesaikan (pagi, tengah hari, petang, malam).

Apabila satu kerja selesai dari senarai anda, potongkannya dari senarai anda. Ini akan memberi
kepuasan kepada anda oleh kerana anda menulis satu matlamat, dan matlamat tersebut tercapai. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda untuk menyiapkan kerja yang seterusnya.
Tidak pernah cuba? Mulakan malam ini! Pasti anda pernah dengar: “Orang yang gagal
untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”

---------------------------------------------------------
2 : Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?
Oleh Irfan Khairi

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya!
--------------------------------------------------------------

Selain tu, saya nak update sikit tentang beberapa produk terbaru yang ada dipasaran Malaysia sekarang ni.

3) Buku Panduan Tentang Google Adsense di dalam Bahasa Melayu.

Anda pastinya tahu bahawa Google Adsense merupakan salah satu peluang buat duit yang paling menguntungkan buat masa ini. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa ia sesuatu yang mudah, tanpa teknik yang betul ia takkan memberikan sebarang hasil. Saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari tentang Adsense ini.

Walaupun begitu banyak bahan rujukan tentang Google Adsense ini di dalam bahasa Inggeris, panduan komprehensif dalam Bahasa Melayu belum saya jumpa selain perbincangan di forum-forum. Oleh sebab itu, saya kira jika anda benar-benar serius ingin mendalami ilmu berkaitan adsense ini, boleh la lawat web http://www.tambahpendapatan.com/rahsiaadsense.htm untuk dinilaikan.



Penulis juga ada berikan buku percuma yang serba sedikit boleh membantu anda memahami apakah sebenarnya Google Adsense ini dan juga panduan untuk berjaya. Selain tu ada juga ruangan forum yang membolehkan anda bertanyakan soalan dalam mempelajari selok belok Google Adsense ni dengan lebih detail lagi.

4) Buku Panduan Belajar Bahasa Arab

Saya kira buku ini juga sangat menarik untuk dimiliki untuk mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab. Ia disediakan oleh Ustaz Abdul Rahman setebal 120 mukasurat. Selain memperolehi buku, pembeli buku ini juga akan diberikan keahlian ekslusif ke Forum Belajar Bahasa Arab.

Sinopsis: Ebook ini menerangkan kepada anda panduan dan teknik-teknik berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab. Setiap tajuk di dalam ebook ini, akan diterangkan dengan jelas dan teratur dengan gaya Bahasa Melayu yang ringkas dan mudah difahami. Setiap perkataan Arab akan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan dinyatakan penggunaannya yang betul.
Segala pelajaran yang diterangkan akan disusuli dengan latihan yang komprehensif dan menyeluruh untuk menguji kefahaman pelajar tentang sesuatu kaedah yang dipelajari.

Anda juga boleh mengikuti kelas bahasa Arab secara PERCUMA melalui email dengan mengisi borang yang disediakan. Dapatkan maklumat lanjut dengan klik di sini



Okla, rasanya dah agak panjang posting saya hari ini. Semoga kita akan berjaya didalam apa jua yang dilakukan.

Salam sukses!
Asmawati
http://www.tambahpendapatan.com

No comments: