Thursday, May 11, 2006

Chapter-M: Penyelesaian kepada Masalah Paypal dan Clickbank Rakyat Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Harap anda sihat walafiat. Minggu ini saya agak sibuk membuat beberapa perubahan kepada isi kandungan di web saya . Oleh itu, saya juga menjemput anda untuk melawat dan mendaftar eNewsletter yang disediakan. Melalui eNewsletter ini, diharap kita akan dapat berhubung dengan lebih kerap. Isi kanduangannya akan saya tambah dan perbaiki dari masa kesemasa.

Baru-baru ini, saya juga telah membaca sebuah buku bertajuk Chapter-M: Panduan untuk Rakyat Malaysia Perolehi Keuntungan Melalui Clickbank dan PayPal tulisan Gobala Krishnan. Salah seorang internet marketer Malaysia yang berjaya di arena antarabangsa.

Sebenarnya memang menjadi hasrat saya untuk melibatkan diri didalam perniagaan internet secara global. Namun, satu halangan paling besar yang saya hadapi ialah saya tidak dapat mendaftar dengan Clickbank dan Paypal hanya kerana Malaysia telah disenaraihitamkan oleh mereka.

Ia merupakan sesuatu yang sangat mengecewakan sebab kebanyakan ebook yang saya baca dan beli pasti akan ada kaitan dengan kedua-dua program ini. Walaupun ada program lain yang boleh disertai rakyat Malaysia, namun pengaruh ClickBank dan PayPal adalah sangat luas.

1. Anda tidak boleh mendaftar dengan Clickbank – Clickbank tidak menerima keahlian daripada Malaysia.

2. Anda tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun Paypal anda – Anda ada idea yang hebat, menjual satu produk di EBay™ tetapi anda juga sedar bahawa anda tidak boleh memindahkan wang Paypal anda ke dalam bank akaun anda di Malaysia. Paypal tidak akan mengeluarkan cek dan anda tidak mempunyai bank akaun di US.

3. Tanpa Kad Kredit, anda tidak boleh mula – Semua perniagaan Internet memerlukan kad kredit tapi anda tidak memiliknya. Anda telah cuba memohon tapi permohonan anda sentiasa ditolak. Akhir sekali anda berkata kepada diri anda sendiri, “Ah! Malaslah macam ni.

Atas sebab diatas juga, saya hanya tumpukan kepada program affiliate dan Internet MLM di Malaysia sahaja. Namun begitu, apabila saya pertama kali terjumpa buku Chapter-M yang mampu memberikan penyelesaian kepada masalah yang saya sendiri alami, saya terus tertarik untuk mendapatkannya. Ia seolah-olah memberikan saya harapan untuk melangkah lebih jauh lagi.

Antara rahsia yang akan dibincangkan di Chapter M ialah;

1. Bagaimana Hendak Mendaftar Dengan Clickbank®
2. Bagaimana Untuk Mendapat Cek Clickbank Di Pintu Rumah Anda
3.Bagaimana Hendak Mendaftar Dengan Paypal® dan Buka Satu Bank Akaun Baru
4. Bagaimana Untuk Keluarkan Duit Daripada Paypal Dengan Senang
5. Bagaimana Untuk Melindungi Akaun Paypal Anda
6. Bagaimana Untuk Menyelesaikan Masalah Paypal
7. Bagaimana Hendak Mewujudkan Satu Pelan ‘Back-Up’ Paypal
8. Bagaimana Hendak Mulakan Perniagaan Internet Tanpa Kad Kredit
dan banyak lagi.

Sebelum ni saya pernah membaca bahawa kita perlu mendaftar di negara yang ada dalam senarai clickbank seperti singapura, tetapi langkah yang terpeinci masih kabur. Begitu juga saya sering membaca ramai yang tidak dapat mengeluarkan wang dari akaun paypal mereka. Alternatif yang biasanya diambil ialah menggunakan wang di dalam paypal untuk membeli produk di internet atau membayar sebarang yuran seperti hosting, autoresponder dan juga shopping di ebay.



Berikut adalah antara testimoni yang diberikan oleh pakar internet Malaysia yang telah membaca Chapter-M:
========================================
Saya telah membaca Chapter-M dan saya dapati ianya mudah, terus-terang dan sangat unik. Saya masih belum menjumpai maklumat seperti ini dari tempat lain dan saya pasti akan mencadangkan ia kepada semua yang menghadiri Workshop Jutawan Internet saya.
Kalau anda berminat untuk mulakan perniagaan Internet anda sendiri di Malaysia, saya amat menggalakkan anda memiliki e-buku ini sebelum anda memulakan sesuatu.
Beliau memang seorang yang arif dan mengetahui apa yang dicakapkan.

Irfan Khairi
Penulis buku No. 1 Terlaris “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” dan "Secrets of Internet Millionaires Revealed"
===========================================

It's great that somebody actually write this for Malaysians.For so long, Malaysians have been using Paypal but can'twithdraw them, accept to buy other things back online. Even with that, you are limited to the things that you can buy. Not everybody accepts Paypal.But then again, any business that is not accepting Paypalmay be sending a lot of money away.

And previously, I know that some Malaysian merchants opt for third party to convert their Paypal fund to MYR. And they lose a lot of money in the process.With what you share in your ebook, now they don't have to. I think any Malaysians who wish to start a business online should get your guide. It's a solution for the real world.

Iszuddin Ismail ak.a kidino
============================================

Ada banyak lagi testimoni dari usahawan internet Malaysia. Apa yang pasti, melalui Chapter-M ini, beliau telah menerangkan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil. Kesimpulannya, ia adalah sesuatu yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang benar-benar ingin serius dan menjana lebih banyak pendapatan melalui intenet. Clickbank dan Paypal adalah lubuk emas yang sayang rugi jika kita tidak dapat sama-sama memperolehi keuntungan darinya.

Maklumat lanjut mengenai Chapter-M ada di web http://chapter-m.tambahpendapatan.com .

Salam sukses!

Asmawati Abdul Manap
http://www.tambahpendapatan.com

P.S: Saya juga telah sediakan beberapa bonus istimewa untuk anda yang mendapatkannya melalui laman web ini. Ia juga termasuk dengan Hak Master Resell Right yang mana anda boleh menjual kembali buku tersebut dan mendapat keuntungan 100%. Buku ini didatangkan didalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

4 comments:

Unknown said...

saya dah baca buku ni..amat menarik sekali..

Anonymous said...

Nak register satu hal. Nak promote nanti satu topik lain pulak. Kena compete with internet marketer all around the globe. So kena prepare for that juga. Semoga berjaya..

siantan77 said...

mfaizalzul & azwan.
terima kasih atas komen anda.

setuju dengan pendapat azwan tentang competition. yang penting kita berani mencuba dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dari mereka yang telah berjaya.

moneymakers said...

Bagus juga buku ni.
Tapi cuba yang ini
http://www.malaysiapal.net.tf

Dapat Ebook PERCUMA lagi!