Tuesday, May 16, 2006

Chapter-M: Saya Ingin Memohon Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang anda maklum, 5 hari yang lalu saya telah mempromosikan sebuah buku bertajuk Chapter-M. Pada hari ini saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penulis buku Chapter-M iaitu En. Gobala Krishnan.

Ini kerana saya telah tidak mematuhi terms anda condition yang beliau tetapkan untuk menjual Chapter-M. Pengakuan ini saya buat atas kesedaran bahawa saya telah tersilap dan bukan atas paksaan sesiapa.

Sebenarnya, sebentar tadi semasa sedang menguruskan beberapa perkara tentang Chapter M, saya telah tergerak hati untuk membaca sekali lagi Term and Condition yang perlu dipatuhi. Dan kali ini saya tersedar bahawa saya telah melakukan satu kesalahan iaitu tidak mematuhi syarat ke-3 yang telah ditetapkan.

Mungkin semasa saya membaca TnC ini pada pertama kali saya tidak menelitinya dengan baik kerana terlalu teruja untuk mempromosikannya. Saya tidak berniat langsung untuk melanggar TnC tersebut. Patutla saya tidak berjumpa dengan mana-mana reseller chapter M yang membuat tawaran "sebaik" tawaran saya.. rupa-rupanya saya telah melakukan kesalahan!
Atas sebab itu, saya telah melakukan beberapa perubahan bagi mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Peristiwa ini telah memberikan satu pengajaran kepada saya iaitu agar lebih berhati-hati dimasa hadapan.

Salam sukses!

Asmawati Abdul Manap
http://www.tambahpendapatan.com

P.S: Jika anda berminat untuk mendapatkan Chapter-M, sila lawat laman web http://chapter-m.tambahpendapatan.com kerana saya telah menyediakan satu pakej yang sangat menarik untuk anda.

3 comments:

Anonymous said...

No problem, as long as the changes have been made.

This product is worth more than what the original price asks for, so there's no need to sell it cheap. My feedback shows that US21.50 is a good price, but some were even willing to pay up to US78 for it.

-gk-

siantan77 said...

thank you mr.gobala for the comment. its part of my learning process and i dont mind to learn from mistakes.

hope more people will get the valuable information.

thank you again.

medic-human said...

good!!

that what we call give and take and win-win situation,, no body lost as long we respect each others.. give a good work

http://hair-loss-hair.blogspot.com
http://healthy-human.blogspot.com