Assalamualaikum dan salam sejatera pembaca semua,
Pertamanya saya ingin mohon maaf atas kelewatan post untuk minggu ini kerana saya menghadapi masalah modem dan tidak dapat akses internet melalui komputer saya. Insyaallah ia akan dapat diatasi pada minggu hadapan.
Selain internet, saya juga ada mencari pelbagai peluang pekerjaan melalui suratkhabar dan majalah terutamanya program berbentuk GAYAPOS. Biasanya saya hanya perlu SMS nama dan alamat kepada pengiklan dan maklumat akan diposkan kepada saya.
Sebenarnya memang banyak peluang yang ada TETAPI mana satukah yang benar-benar SESUAI dan BENAR-BENAR MEMBERIKAN PENDAPATAN YANG SEPATUTNYA. Antara surat yang sering saya terima ialah;
1) Program Memasang Barangan
2) Program mengisi sampul surat
3) Program Ihsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahli
4) Program Menjual Maklumat
5) Program berbentuk MLM
Jadi saya akan kupaskan serba sedikit tentang program-program diatas.
#1 - Program Memasang BaranganAnda hanya perlu membuat sedikit bayaran deposit yang mana ia akan kembalikan jika anda telah menghantar kembali produk yang telah disiapkan. Ada banyak kerja yang ditawarkan seperti pateri PCB, membuat anak patung, menjahit dan sebagainya.
Untuk program ini, saya memang ada pengalaman DITIPU! Saya pernah kehilangan RM70 untuk satu program mengisi syampu didalam botol (untuk kegunaan hotel) tetapi langsung tak menerima apa2 barang yang dijanjikan. Syarikat yang menawarkan kerja ini dikatakan beroperasi di Johor Bahru. Apa yang sangat saya geramkan ialah ia dilakukan dengan cara yang sangat meyakinkan.
Jika kebanyakan program gayapos hanya menggunakan alamat PO Box, tetapi program ini memang kelihatan TULEN kerana turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi. Saya sendiri bercakap dengan En.X (tak ingat nama) yang meyakinkan saya bahawa program ni BUKAN TIPU sebab surat yang diberi mengandungi header syarikat.
Dia kata dia akan hantar kerumah sejumlah botol kosong dan syampu untuk diisi dan selepas 3 hari dia akan datang mengambil produk yang telah siap untuk semakan QC. Jika mereka berpuashati, bayaran akan diposkan kepada saya melalui pos termasuk bayaran deposit saya.
Oleh kerana dah yakin yang saya TAK AKAN DITIPU, maka saya terus buat bayaran pada esoknya guna wang pos atas nama syarikatnya. Namun, selepas tarikh yang dijanjikan, tak datang-datang pun. Saya dail balik nombor yang diberikan tapi tiada jawapan dan kadang-kadang ditutup. Selepas hampir 2 minggu, saya mengalah dan sedar bahawa TIPAH TERTIPU!.
Selepas pengalaman tu, saya terjumpa lagi iklan seperti MEMASUKKAN MANCIS KEDALAM KOTAK dan surat yang diterima mempunyai bentuk yang hampir sama dengan program mengisi syampu yang telah saya sertai sebelum ini. Dan selepas itu, saya mula berfikir “secara logiknya takkan syarikat mancis gunakan pekerja sambilan untuk buat kerja nie, bukan ke sekarang nie ada banyak mesin automati”.
Apa yang pasti, orang macam ni memang sentiasa ada idea untuk menipu dan dia lakukannya dengan sungguh professional sekali! Takpe la, kat dunia dia lepas, tapi kat akhirat sendiri jawab la kan!
Maaf sebab emosional sikit. Tapi memang geram bila ada orang yang sebangsa dan seagama dengan kita buat macam tu. Mungkin saya tak terasa sangat , tapi bayangkan jika ada yang memang betul-betul susah dan memang memerlukan kerja, RM70 adalah jumlah yang sangat banyak.
Bayangkanla kalau duit tu la sebenarnya dia nak gunakan untuk beli susu anak atau ubat, tapi sebab dijanjikan peluang untuk tambah pendapatan dia sanggup gunakan dulu untuk bagi pada si PENIPU ni.. Hanya Allah yang akan Membalasnya.
Sekali pikir, saya yang belajar sampai ke menara gading ni pun boleh tertipu, inikan pulak orang lain.. entahla, segan jugak nak mengaku tapi itulah hakikat hidup.
# 2 - Program Mengisi Sampul Surat.Kebanyakannya memerlukan anda buat bayaran pendahuluan untuk “membuka fail” dan untuk kos cetakan bahan. Anda dijanjikan pendapatan lumayan untuk setiap sampul surat yang diposkan. Saya kurang pasti sama ada ia tipu atau tidak tapi dari pemerhatian saya ia memang kelihatan seperti satu penipuan sebab
1) ayat yang digunakan langsung tak professional. Seolah-olah diterjemahkan sepenuhnya dari bahasa inggeris oleh orang yang tak berapa faham bahasa Melayu. Macam pelat cina pun ada.
2) Isi kandungan yang tak menceritakan secara detail apakah surat yang akan diposkan dan bagaimana dapat income. Hanya kata bila sertai, anda akan dapat sampul surat, anda hanya masukkan risalah untuk diedarkan. Kat sapa nak edarkan? Itu kena cari sendiri la.
3) Ada jugak yang kata alamat dan setem turut disertakan. Anda hanya perlu lipat risalah dan masukkan kedalam sampul surat lepas tu dapat duit. Logik ke ada kerja yang begitu senang dan lumayan?
Sejak melayang RM70, saya mula curiga dengan program gayapos yang banyak diiklankan sebab kebanyakannya menjanjikan KERJA SENANG, INCOME LUMAYAN. Tak pulak cerita tentang produk. Lagi satu, sebab kebanyakannya berlindung disebalik alamat PO Box, langsung takde kaedah lain untuk bertanya seperti telefon atau emel. Kalau kena tipu.. lesap macam tu je duit.
Kalau ada yang BERJAYA @ DITIPU tentang program macam nie, boleh la bagi komen sebab saya tak pernah join pun sebab dah serik.
# 3 – Program Ikhsan atau lebih kepada konsep menderma sesama ahliProgram macam ni memang banyak saya dapat samaada melalui pos atau emel. Ada macam-macam nama seperti sumbanganikhlas, ikhsan dan sebagainya. Saya tak pernah cuba sebab terasa macam PEMINTA SEDEKAH la pulak. Jangan marah kalau ada yang sertai dan berjaya mengumpul ribuan ringgit.
Kenapa saya kata macam tu? Sebab setiap orang yang menyertai program ini perlu memberi sedekah dan menerima sedekah. Tak salah untuk kita bersedekah sesama insan, tetapi adakah kita benar2 sedekah kepada orang yang betul2 memerlukan?
Memang la kalau sedekah kat orang yang datang rumah atau orang yang ada kat pasar malam tu kita sendiri pun tak pasti sama ada dia benar2 susah atau tidak tapi sekurang2nya kita dah tengok keadaan dia yang nampak memang susah (walaupun dia berlakon).
Bukan saya tak nak join benda macam ni, ada jugak niat nak join dulu, tapi bila dipikir2 semula, rasanya lebih afdal jika saya sedekah kepada orang yang saya nampak dan yakin dia memang susah dan sangat memerlukan wang untuk meneruskan hidup berbanding mereka yang menyertai program seperti ini dengan harapan untuk menjadi KAYA?
Cara mudah untuk bersedekah, hanya taip TABUNG2, TABUNG5 atau TABUNG10 dan hantarkan ke 33533 untuk Tabung Bersamamu TV3.
Kalau nak jadi KAYA atau tambah pendapatan, sebaiknya saya BEKERJA dengan tenaga, masa dan ilmu yang ada. Bukan sengaja cari kerja yang susah, tapi kepuasan apabila memperolehi WANG apabila kita bekerja adalah lebih terasa berbanding menerima sumbangan wang dari orang lain!
# 4 - Program Menjual MaklumatKonsepnya hanpir sama dengan menjadi agen atau affiliate dimana kita akan dapat komisen dari jualan yang dilakukan. Satu lagi cara ialah kita akan menerima produk yang boleh kita jual semula dan ambik 100% keuntungan dimana ia hampir sama dengan Master Resell Right bagi ebook di internet.;
Apa yang saya kesalkan ialah, kebanyakan maklumat yang diterima “langsung tak berbaloi” untuk dimiliki. Saya pernah membayar RM35 untuk maklumat yang saya kira entah apa-apa. Namun tidak semua begitu kerana saya pernah membeli buku berharga RM20 tetapi memang kagum dengan kualiti info yang diberikan dan bentuk fizikal buku yang professional. Walaupun nilai maklumat adalah subjektif, sebaiknya biarlah ia dirasakan berbaloi dengan apa yang akan diperolehi.
Kebanyakan maklumat yang dijual adalah berkaitan cara nak buat duit, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Apa yang lebih mengejutkan saya ialah, saya pernah menerima surat jualan yang menjual produk berbentuk mistik (seperti syiling lama, susuk, minyak senyonyong dsb), ada juga yang menjual teknik untuk menang besar bila beli nombor ekor! Nauzubillah.. nampaknya dah terlalu ramai yang semakin “gilakan duit”.
Tetapi sekarang ni saya lebih tumpukan kepada mendapatkan koleksi ebook yang kebanyakannya saya perolehi secara PERCUMA di internet. Anda juga boleh menulis ebook atau buku anda sendiri jika mahu dan jual pada harga yang anda sendiri tetapkan! Tapi ingat, pastikan ia benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca.
#5 – Program berbentuk MLM
Mengembangkan perniagaan MLM melaui pos adalah salah satu cara yang bijak. Dan saya selalu jugak terima surat tawaran tentang program seumpama ini. Biasanya saya akan teliti dulu marketing plan. Oleh kerana saya lebih suka join
program MLM melalui internet, jadi saya agak kurang berminat dengan yang berbentuk gayapos ni.
Walau apa pun, saya suka tengok pelan pemasaran syarikat yang diterima untuk dibuat perbandingan dengan syarikat yang saya sertai. Buat masa ini, saya masih yakin bahawa syarikat yang saya pilih adalah lebih sesuai untuk saya.
Selain MLM biasa yang berasaskan produk kesihatan dan barang keperluang harian, banyak juga tawaran yang diterima mengenai
MLM prepaid. Ia juga saya sekadar jadikan sebagai rujukan sahaja kerana saya lebih suka jika ia turut menawarkan sokongan secara online juga.
Tetapi, alhamdulillah sebab saya rasanya tak pernah lagi terima tawaran mengenai MLM yang “diragui” kerana kebanyakan syarikat yang ditawarkan kepada saya telah agak lama beroperasi. Mungkin kerana promosi melalui pos ni memerlukan kos yang agak tinggi berbanding internet.
Okla. Rasanya dah banyak jugak yang saya tulis. Walau apa pun program yang anda jumpa, jika anda telah ada serba sedikit ilmu pengetahuan mengenainya, anda pastinya akan dapat mengurangkan menjadi mangsa. Saya tidak mengatakan semua program gayapos menipu atau tak betul dan saya ucapkan TAHNIAH jika anda telah berjaya melakukannya. Apa yang penting ialah jangan malas untuk membuat penyelidikan dan jangan mudah terpedaya dengan janji KERJA MUDAH, UNTUNG LUMAYAN.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA :
http://kerjadarirumah.blogspot.comPrepaid MURAH melalui SMS:
http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htmPeluang Side-Income:
http://www.tambahpendapatan.comApa kata mereka?
http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htmProgram Pengguna Bijak
http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm