Surirumah Dari Malaysia ingin Berkongsi Rahsia Tentang Peluang Memperolehi Pendapatan Tambahan Dengan Hanya Melakukan Kerja Sambilan Di Rumah dan Perniagaan Internet. Diharap pembaca akan mendapat serba sedikit manfaat dari blog ini.
Monday, March 27, 2006
Pejabat rumah gaya baru perkukuh ekonomi keluarga
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang saya kira sangat menarik untuk dinilaikan kita sama-sama renungkan.
----------------------------
Oleh: Dr Ahmad Zaki Ismail
KITA kini semakin terdedah kepada cabaran era globalisasi ekonomi dan dunia tanpa sempadan. Pengangguran pula ditakrifkan secara lebih kompleks dan semakin sukar diatasi. Ia membabitkan pengangguran ketara dan tidak ketara. Hambatan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat yang memerlukan kita berfikiran lebih terbuka.
Kita tidak lagi boleh terkongkong dengan sektor ekonomi tradisional semata-mata. Ekonomi yang bersifat anjal sentiasa berkembang bagi memenuhi keperluan dan aspirasi semasa, manakala sumber penjanaan pendapatan juga sepatutnya tidak lagi terikat dalam satu segmen atau arah tertentu. Perkembangan begitu pesat dalam bidang guna tenaga, terutama di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah, buruh ladang, pekerja kilang, hotel dan restoran, mewujudkan situasi yang mendesak sehingga kita terpaksa mengimport tenaga kerja asing.
Walaupun situasi ini sepatutnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya lantaran keluk permintaan guna tenaga berkembang secara tidak seimbang. Selain itu, apabila tenaga kerja profesional, terutama wanita menjadi tidak produktif selepas melahirkan anak dan terpaksa berhenti kerana gagal mendapatkan pembantu rumah, banyak sektor menjadi tidak aktif dan kurang produktif.
Untuk memberikan nafas baru dalam kegiatan ekonomi serta menjana tenaga produktif daripada sumber seperti di atas, sesuatu langkah perlu dilakukan. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya penguncupan kegiatan ekonomi dalam tempoh jangka panjang. Di sesetengah negara maju, pejabat rumah telah menjadi satu gaya baru yang boleh diterima pakai.
Malangnya, kita masih agak terkebelakang dalam menerima konsep ini kerana sikap majikan yang konservatif dan masih mahu melihat pekerja berada di pejabat. Kayu ukur produktiviti masih lagi pada jumlah masa dihabiskan di pejabat, bukannya berasaskan produk yang mampu dihasilkan. Dalam situasi ini, sektor jualan langsung amat berpotensi dan belum diterokai sepenuhnya bagi merangsang arah aliran kerja pasca ultra moden ini.
Tinjauan mendapati ia masih gagal menarik perhatian kapitalis dan pihak berkuasa kerana kurangnya penonjolan ketara dalam sumbangannya. Banyak tafsiran dan tanggapan salah berkisar di khalayak ramai mengenai industri berkenaan sehingga menenggelamkan sumbangan dan potensi sebenarnya dalam membangun, mengekang dan menstabilkan ekonomi negara, terutamanya dalam keadaan meleset.
Selain itu, kemampuannya mewujudkan usahawan kecil tidak diterokai sepenuhnya. Malah, banyak perkara menarik terkandung sebagai elemen positif dalam industri jualan langsung gagal diterokai. Secara umum, tafsiran jualan langsung ialah satu instrumen pasaran yang menyediakan landasan pertemuan secara terus antara pembekal dengan pengguna. Ia sedikit berbeza daripada tradisi pasaran terbuka kerana menidakkan faktor konvensional pasaran iaitu kedai.
Fungsi mempromosi produk akan dilakukan oleh ejen syarikat yang kadangkala disebut sebagai ahli, pengedar, ejen, perunding dan pelbagai gelaran lagi. Melalui kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ia telah membukakan peluang yang amat luas kepada industri ini untuk mencari pasarannya jika dilakukan secara tekun, jujur dan bersungguh-sungguh. Di Malaysia, kegiatan jualan langsung dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Akta Jualan Langsung 1993.
Penakrifan yang diberi untuk kegiatan itu di bawah akta berkenaan adalah jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan pos. Sehingga akhir 2003, perangkaan resmi KPDNHEP mencatatkan sebanyak 456 syarikat berlesen menjalankan perniagaan jenis ini, iaitu 243 mengusahakan jualan langsung secara bertingkat (MLM), 143 melaksanakan pelan pemasaran setingkat (SLM) dan 35 syarikat membuat pasaran melalui pos (PO). Daripada jumlah itu, 48 syarikat adalah berstatus Bumiputra.
Tahun lalu juga menyaksikan bahawa syarikat jualan langsung di negara ini menyumbangkan hasil lebih RM4.3 billion, merangkumi pasaran dalam dan luar negara. Kebanyakan produk yang dipasarkan adalah berasaskan keperluan harian pengguna, kosmetik, makanan kesihatan, pakaian dan aksesori. Malangnya, sehingga kini potensi industri itu masih lagi tidak disedari umum dan gagal dikesan oleh banyak pihak kerana salah tanggapan dan dibayangi oleh kekaburan maklumat. Hasilnya, kebanyakan ahli masyarakat beranggapan perniagaan jenis ini berhubung rapat dengan skim cepat kaya atau skim piramid.
Perkara paling menarik dalam bidang jualan langsung adalah kerana ia sifar risiko. Pendapat mengatakan bahawa berlaku manipulasi dalam pengambilan ahli adalah dakyah daripada mereka yang tidak arif dan gagal memahami konsep jualan langsung sebenar.
Pada asasnya, konsep jualan langsung adalah membekalkan produk dan perkongsian untung. Di sinilah sebenarnya yang menarik dalam bidang ini kerana pengguna mendapat dua faedah secara serentak iaitu di samping mendapat produk, mereka juga memperoleh pendapatan.
Perkara selanjutnya yang akan dilakukan adalah mempromosi pelan perniagaan, keuntungan perkongsian dan produk jualan. Yang baiknya, semua produk yang dipasarkan melalui sistem jualan langsung adalah barangan yang berkualiti dan perlukan kelulusan daripada KPDNHEP. Malah, sebahagian besar daripadanya sudah mendapat pengiktirafan GMP (good manufacturing practice).
Perkara sebegini tidak dapat dilaksanakan di pasaran terbuka apabila peniaga boleh menawarkan sebarang produk tanpa menghiraukan kualitinya. Selain pemantauan yang dilakukan KPDNHEP, syarikat jualan langsung juga mempunyai dua persatuan iaitu DSAM dan MDDA yang turut menjadi pemantau sukarela untuk memastikan ahli mereka menjalankan perniagaan menurut etika yang ditetapkan berdasarkan garis panduan.
Menurut kaji selidik yang dilakukan pada 2002, ada lebih kurang 1.6 juta terbabit dalam industri ini. Walaupun hanya sebahagian kecil yang aktif sepenuh masa, ini tidak bererti mereka tidak produktif kerana perniagaan ini bersifat fleksi-waktu. Malah, hampir 60 peratus daripada kalangan peniaga terdiri daripada golongan wanita yang juga suri rumah sepenuh masa. Ini menunjukkan kerjaya dalam industri jualan langsung telah berjaya meningkatkan produktiviti di kalangan tenaga buruh statik di pasaran buruh tidak ketara negara.
Banyak aspek positif dalam industri ini tidak disebarkan dengan betul. Ia termasuk daripada aspek ekonomi, sosial, hubungan kekeluargaan dan kemajuan diri. Jika anda menceburkan diri dalam bidang ini, mungkin realitinya kelak akan memeranjatkan diri anda sendiri kerana sebahagian besar kita tidak menyedari potensi diri, terutamanya dalam bidang jualan, tiba-tiba mampu melakukannya dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung akan memperbaiki status ekonomi diri dan keluarga. Malah, meningkatkan jaringan persahabatan, pertukaran pengalaman, pergaulan sosial, keyakinan diri dan semangat positif.
Sebenarnya, kita saban hari bertindak selaku pengguna yang membeli pelbagai barangan di kedai dan pasar raya tanpa menyedari barangan yang sama mampu diperoleh daripada pasaran jualan langsung. Sebagai pengguna biasa, apabila kita membeli barangan kita hanya akan memperoleh barangan itu semata-mata, tetapi dalam jualan langsung kita akan memperoleh ganjaran mata dan pendapatan.
Dengan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat, terutama kepada barangan pengguna maka peluang semakin luas terbuka untuk semua orang menambahkan pendapatan. Strategi perniagaan langsung iaitu beli, guna dan promosi amat efektif. Contohnya, jika suri rumah membeli dan menggunakan produk bilik mandi seperti sabun serta syampu dan melakukan promosi untuk kenalan, keluarga dan tetangga, maka dengan segera sistem perkongsian pendapatan daripada kegiatan itu akan mengurangkan bebanan perbelanjaan sebenar.
Malah, jika suri rumah berkenaan bergerak lebih aktif, ia bukan saja menjimatkan perbelanjaan malah menambah pendapatan keluarga. Menggunakan rumah sebagai pejabat dan meningkatkan pengetahuan mengenai pasaran dan penggunaan teknologi ICT, sekali gus dapat menggerakkan wawasan negara dalam menggerakkan projek pejabat rumah seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan supaya ia akan menjadi satu kenyataan.
Aspirasi berkenaan begitu mudah untuk direalisasikan melalui pendekatan yang bijak dan berkesan. Secara tidak langsung, lebih banyak masa boleh diluangkan untuk keluarga dan pada masa sama jaringan perniagaan dan hubungan silaturahim dapat diperkembangkan.
SIAPA LAGI YANG NAK TOLONG ORANG KITA, JIKA BUKAN KITA SENDIRI...
Salam sukses!
-----------------------------------------------------------------------
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com/
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com/
Apa Kata Mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Monday, March 20, 2006
No internet Access = Fully Automated Income
Pertamanya saya mohon maaf sebab sudah agak lama saya tidak membuat sebarang post. Sebenarnya saya agak sibuk dengan menyediakan beberapa perkara untuk satu program internet yang saya sertai. Insya-allah saya akan cuba membuat post tentang pelbagai tips dan artikel sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Untuk post hari ini saya akan bincangkan apakah yang membolehkan saya menjana pendapatan sebelum ini walaupun TANPA AKSES INTERNET di rumah. Sebenarnya, selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada pertengahan 2004 saya sebenarnya tidak mempunyai akses internet di rumah. Banyak factor yang menyebabkan saya belum bersedia untuk mendaftarkan line telefon dan salah satu daripadanya ialah pengurusan masa.
Namun, sejak 6 Februari saya akhirnya mengambil keputusan memohon kepada Telekom dan kini saya sudah boleh akses internet dari rumah walaupun hanya menggunakan dial-up. Semalam baru terima bil, mak oi mahalnya! Nampaknya saya perlu pertimbangkan untuk daftar streamyx la pulak.
Saya akan berkongsi dengan anda apakah yang saya lakukan sejak itu. Selama 6 bulan pertama saya tidak menjalankan apa-apa aktiviti. Masa itu saya kira sebagai masa penyesuaian dan menikmati sepenuhnya kehidupan seorang surirumah sepenuh masa.
Pada bulan Disember 2004, saya telah menerima email jemputan untuk menyertai satu kumpulan yang menjalankan program internet MLM. Selepas melawat laman web tersebut, saya memang merasakan kelainannya. Walaupun ia berbentuk autodownline** untuk satu program internet MLM, tetapi pendekatan yang digunakan agak berbeza daripada kebanyakan program lain yang saya pernah sertai dan sokongan yang diperolehi sangat mengkagumkan.
**Jika anda masih kurang pasti apakah autodownline, ia adalah sebuah program yang akan memberikan ahlinya sebuah laman web percuma untuk dipromosikan. Jika ada sesiapa yang mendaftar melalui laman web tersebut, secara automatik ia akan menjadi downline kepada pemilik laman web yang dipromosi. Ia juga turut dikenali sebagai program referral.**
Sebenarnya sebelum ini saya mempunyai pandangan yang sangat negatif mengenai MLM sebelum ini. Tetapi sejak saya bercadang untuk berhenti kerja, saya telah cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai apakah yang boleh saya lakukan dengan hanya bekerja dari rumah.
Dan saya lihat internet MLM adalah salah satu pilihan yang sangat menarik sebenarnya. Akhirnya saya mula membuka minda untuk mengkaji tentangnya dan mula menyertai beberapa program internet MLM tetapi tidak berjaya. Tapi, saya sebenarnya tak kecewa sebab saya tahu mengapa saya gagal.
Kalau secara kenvensional atau offline agak mustahil untuk orang seperti saya berjaya, tetapi cara online sebenarnya jauh lebih MUDAH dan menjimatkan masa, wang dan tenaga. Kini sudah setahun saya menyertainya dan saya kira ia merupakan salah satu program yang memberikan pulangan yang agak STABIL setiap bulan walaupun masih belum begitu lumayan.
Apa yang penting ialah, saya tidak perlu ragu-ragu tentang reputasi syarikat mahupun skim pyramid yang dianggap musuh terbesar perniagaan MLM. Ini kerana syarikat yang kumpulan saya sertai telah beroperasi selama 18 tahun dan ia telah terbukti kukuh dan berjaya mengharungi kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dengan jayanya.
Apa yang saya suka dengan program ini ialah saya tidak perlu menjual kepada sesiapa pun. Apa yang saya buat ialah menukar kedai membeli barangan keperluan. Ada lebih 300 produk yang boleh saya pilih seperti sabun pencuci pakaian, sabun mandi, jus, ubat gigi, kopi, vitamin, minyak wangi sabun mandi dan sebagainya.
Melalui program ini, saya juga tidak pernah berjumpa dengan sesiapapun. Segala proses komunikasi dijalankan melalui emel, sms mahupun panggilan telefon sahaja. Ia memang sungguh mudah. Jika dulu saya paling tak suka MLM sebab kena “cari orang” dan perlu berhadapan dengan begitu banyak penolakan.
Tapi sejak berkenalan dengan internet MLM , saya semakin seronok untuk “cari orang” sebab ia sungguh MUDAH. Hanya promosikan web, dan anda akan hanya perlu berkomunikasi dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.Upline juga banyak membantu.
Okla, rasanya dah agak banyak yang saya tuliskan. Kalau anda pernah kecewa dengan MLM konvensional, boleh mencuba internet MLM pula. Tetapi, suka saya ingatkan agar anda berhati-hati agar tidak terjebak dengan Skim Piramid yang menggunakan MLM untuk mengaburi perniagaan mereka dan semakin rancak dipromosikan di internet.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Monday, March 13, 2006
Mengatasi Masalah Kesunyian Apabila Bekerja Dari Rumah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang sangat menarik tentang mengatasi kesunyian. Ia sebenarnya memang terjadi kepada saya. Maklumlah semasa bekerja dahulu kita ada ramai kawan-kawan yang boleh diajak berbual, tetapi kini pergaulan sangat terhad kepada anak-anak dan jiran terdekat. Selepas membuat sedikit kajian.
Rupa-rupanya saya tidak bersendirian kerana ia sebenarnya adalah perkara yang normal. Kemudian saya bertemu dengan artikel ini didalam Bahasa Inggeris dan terus saya terjemahkan. Oleh kerana ia telah lama terperuk didalam komputer saya, saya minta maaf sebab tidak dapat menyatakan sumbernya. Selamat Membaca!
---------------------------------------
Seperti kebanyakkan orang, apabila anda memikirkan bagaimana rasanya bekerja dari rumah, anda barangkali akan terfikir tentang kelebihan-kelebihan seperti;
· Bekerja mengikut masa sendiri,
· Tidak perlu merasa tertekan,
· Tidak menghadapi kesukaran pergi dan balik ke tempat kerja setiap hari,
· Dapat menikmati keindahan taman anda di siang hari,
· Tidak perlu melayan karenah bos,
· Dapat meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak,
· Dapat bekerja dalam keadaan dan suasana yang selesa dan sebagainya.
Sememangnya semua ini adalah sebahagian daripada kelebihan sekiranya bekerja dari rumah. Tidak lama selepas mula bekerja dari rumah, anda akan mula mengenang semula pada suasana bekerja sebelum ini dan sedar yang anda sebenarnya;
- rindu pada tetamu-tetamu yang tidak diundang yang sentiasa mengganggu anda membuat kerja,
- rindu untuk berjalan-jalan di taman sewaktu makan tengahari bersama rakan baik anda di tempat kerja,
- rindu untuk pergi minum beramai-ramai selepas kerja pada malam Sabtu,
- tidak lagi berpeluang untuk berkongsi pandangan rakan sekerja apabila anda mendapat sesuatu idea baru.
Sekarang, keadaannya sunyi. Tiada siapa yang boleh anda ajak berbual kecuali anak-anak anda yang berumur tidak lebih daripada 4 tahun. Anda akan dapati yang anda sentiasa memeriksa e-mel untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang ada. Anda juga akan berharap agar telefon berdering.
Semasa bekerja di pejabat dahulu, anda merupakan orang yang sangat benci deringan telefon dan berpendapat kewujudan pesanan suara dan e-mel merupakan satu rahmat yang tak terhingga kerana dapat mengurangkan gangguan deringan telefon.
Memang tidak dapat dinafikan, berubah daripada dunia korporat kepada bekerja di rumah merupakan satu bentuk peralihan yang ketara. Kebanyakkan orang terpaksa bergelut dengan cabaran/ masalah kesunyian semasa memulakan perniagaan dari rumah. Selamat menempuhi suasana bekerja di rumah yang sebenarnya … keseorangan dan kesunyian.
Tetapi, seperti yang disenaraikan dibawah, terdapat banyak cara untuk mengelakkan diri anda daripada merasa kesunyian dan keseorangan dengan berhubung dengan dunia luar dan membentuk rangkaian perniagaan.
Ingat, hanya kerana anda bekerja seorang tidak bermakna anda perlu melakukannya seorang diri. Di sini merupakan cara-cara untuk anda mengelak daripada merasa kesunyian semasa bekerja dari rumah:
#1 - Membuat Perancangan Yang Rapi
Tidak ada perkara yang lebih menimbulkan rasa kesunyian daripada melalui setiap detik tanpa membuat apa-apa sepanjang hari. Jangan mulakan hari anda tanpa membuat perancangan tentang apa yang anda akan lakukan pada hari tersebut. Anda perlu merancang masa anda supaya anda tidak perlu melalui masa terluang tanpa membuat sebarang aktiviti.
Oleh itu, tulis senarai perkara-perkara yang anda patut buat, sebaik-baiknya di akhir hari sebelumnya, supaya anda dapat terus memulakan aktiviti-aktiviti yang anda rancang sebaik sahaja hari anda bermula tanpa memberi ruang untuk rasa kesunyian timbul.
#2 - Berinteraksi Dengan Dunia Luar
Apabila menulis perkara-perkara yang akan anda buat, pastikan anda sertakan sekurang-kurangnya dua aktiviti yang memerlukan anda untuk berinteraksi dengan org lain. Menjalin hubungan dengan pihak lain adalah sangat penting samada anda bekerja dengan untuk orang lain atau untuk diri sendiri.
Oleh itu, jalinkan hubungan dengan orang yang dapat membantu perkembangan perniagaan anda dan pada masa yang sama menghubungkan anda dengan dunia luar.
Menyertai badan atau kelab professional, menghadiri seminar dan pameran yang berkaitan dengan perniagaan anda merupakan cara-cara terbaik untuk anda berkenalan dengan orang-orang yang mempunyai minat, kepakaran dan cabaran yang sama. Libatkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan bawa bersama-sama kad perniagaan anda secukupnya.
#3 - Mewujudkan Rangkaian Peniagaan Bersama
Cara lain untuk mengelakkan masalah kesunyian ialah dengan mengadakan rangkaian perniagaan dengan peniaga-peniaga lain yang juga bekerja di rumah. Bergabung dengan perniagaan-perniagaan lain yang memberikan perkhidmatan tambahan bagi perniagaan anda.
Anda bukan sahaja menambahkan peluang perniagaan untuk kedua-dua pihak, malah telah mewujudkan rangkaian perniagaan yang professional.
#4 - Menganjurkan Majlis Anda Sendiri
Setelah anda menyertai pelbagai pertubuhan dan mewujudkan rangkaian perniagaan bersama, teruskan usaha anda dengan mengadakan majlis anda sendiri supaya kesemuanya dapat berkumpul bersama. Majlis tersebut boleh dijadikan sesi perbincangan perniagaan ataupun cumalah satu majlis keramaian seperti majlis barbeque di taman berhampiran.
Apapun majlis yang anda anjurkan, anda akan dapat mengeratkan hubungan dengan orang-orang yang terlibat dalam arena baru anda, sama seperti apa yang anda telah buat semasa anda bekerja di dalam pejabat korperat. Bezanya, sekarang ini anda sendiri yang mesti berusaha untuk menjalinkan perhubungan ini. Mereka bukannya orang yang mudah untuk anda temui di pejabat setiap hari.
#5 - Sertai Gimnasium
Dengan bekerja dari rumah anda berpeluang untuk makan dan minum pada bila-bila masa yang anda suka. Anda semestinya mengambil berat tentang kesihatan dan sentiasa aktif bukan? Pastinya ya! Oleh itu, kenapa tidak bak kata pepatah melayu, menyelam sambil minum air … kekalkan kecergasan dan berkenalan dengan orang baru.
Sekiranya anda mempunyai rutin yang membolehkan anda pergi ke gimnasium pada waktu yang sama setiap hari, anda akan bertemu dengan kumpulan orang yang hampir sama dan berkenalanlah dengan mereka.
#6 – Gunakan Internet
Mempunyai rakan internet merupakan satu lagi cara mengekalkan perhubungan dengan dunia luar. Walaupun begitu, anda perlu ada disiplin yang kuat. Sangat mudah untuk anda menghabiskan banyak masa bekerja anda bertukar-tukar emel dan berbual-bual. Jangan habiskan masa anda begitu sahaja, tetapi anda perlu juga mempunyai rakan internet dan kekalkannya.
#7 - Bunyi Latarbelakang
Kadang kala, keadaan yang senyap sunyilah yang mengingatkan anda keseorangan. Sekiranya anda datang dari dunia korporat, hari kerja anda biasanya diiringi dengan bunyi bising yang berterusan daripada deringan telefon, suara perbualan dan gelak ketawa pekerja-pekerja lain, sistem intercom diwaktu makan tengahari sehingga habih waktu pejabat.
Sekiranya anda merasa sunyi, bukalah radio dan biarkannya semasa anda sedang bekerja. Perbualan di radio juga bagus kerana seolah-olah ada orang lain yang sedang berbual-bual di bilik sebelah, tetapi sekiranya anda dapati topik perbualan tersebut menarik minat anda dan menyekat anda daripada terus bekerja, tukar ke siaran lain yang hanya mendendangkan lagu.
# 8 – Keluar bersiar-siar
Jika anda bekerja, anda pastinya melihat ada rakan sekerja yang keluar membeli-belah atau berjalan-jalan semasa waktu makan tengahari. Ia bukan sahaja untuk meregangkan otot dan menghilangkan berat badan, tetapi ia juga baik untuk mengurangkan tekanan. Anda juga boleh membuat perkara yang sama.
Apa yang perlu anda lakukan ialah jadualkannya dengan teliti agar masa yang dipilih bersesuaian untuk semua pihak. Ajaklah pasangan, rakan-rakan ataupun anak-anak pergi ke taman, pantai, membeli-belah mahupun menonton wayang.
#9 – Dapatkan satu hobi
Salah satu kelemahan apabila anda memulakan perniagaan dari rumah ialah anda telah mengubah hobi anda kepada sumber pendapatan dan ia biasanya menjadi tidak begitu menyeronokkan lagi. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan satu hobi baru. Pilihan terbaik ialah hobi yang membolehkan anda bergaul dengan ramai orang seperti bersukan, kelas agama, badan kebajikan atau kelab.
#10 – Dapatkan pekerjaan sambilan
Anda mungkin memilih untuk memulakan perniagaan dari rumah kerana ingin melarikan diri dari terikat dengan msa bekerja dan pastinya anda tidak ingin masuk kembali ke dunia tersebut. Ada seorang penulis bebas yang bekerja dari rumah turut mengajar kursus penulisan secara sambilan selama 5 jam seminggu di kolej. Ia semua dilakukan kerana dengan bekerja diluar dia boleh mengatasi kesunyian dan membolehkan anda bergaul dengan ramai orang selain mendapatkan pendapatan tambahan yang lain.
Jika anda meneliti sepenuhnya 10 perkara yang dinyatakan diatas, kebanyakannya menyarankan anda agar meninggalkan rumah dan mendapatkan ramai rakan untuk mengatasi kesunyian. Anda hanya memerlukan beberapa minit sehari bercakap atau berhubung dengan rakan-rakan melalui telefon atau chatting, bersiar-siar untuk melihat keindahan alam selain menghabiskan masa berkualiti bersama keluarg anda ialah apa yang anda perlukan untuk memastikan anda sentiasa produktif dan gembira.
------------------
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Saturday, March 11, 2006
Salah Anggapan Mengenai Perniagaan Online
Pada masa kini, terdapat begitu ramai yang beralih kepada menjalankan sepenuhnya perniagaan secara online dengan beberapa kepercayaan bahawa ia merupakan satu cara yang lebih mudah dan murah berbanding menjalankannya secara offline.
Sebenarnya tiada cara yang mudah dan murah untuk menjalankan apa jua perniagaan secara online atau offline. Internet merupakan salah satu kaedah berbeza didalam menjalankannya. Antara kenyataan yang memerlukan penelitian anda ialah
#1:Ia begitu mudah hinggakan sesiapa sahaja boleh melakukannya – sebenarnya anda mungkin tidak dapat melakukannya walaupun didalam imaginasi. Secara realitinya, membangunkan sebuah perniagaan internet ialah satu proses yang sangat lambat, mengambil masa yang panjang dan mengecewakan. Usaha pertama anda pastinya menyediakan sebuah laman web.
Sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk membina sebuah laman web, terutamanya jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia ini kerana ia boleh mengambil masa berbulan-bulan hanya untuk laman web yang mempunyai 2-3 muka sahaja. Kalaupun anda ingin meminta orang lain membangunkannya, anda perlu tahu apa yang anda ingini dan mempunyai peruntukan mencukupi untuknya.
Anda juga akan dihujani dengan pelbagai maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber yang memberikan pelbagai jenis fakta. Apa yang penting ialah praktikkan apa yang boleh membantu anda dan sentiasa belajar melalui kaedah trial and error.
Bayangkan bagaimana anda menghabiskan masa seharian mencuba untuk mendapatkan ranking terbaik didalam search engine tetapi akhirnya masih dikedudukan corot dan mencari pakar lain pula untuk mengetahui apakah kesilapan anda.
Akhirnya anda akan sedar bahawa sebenarnya anda perlu belajar bagaimana melakukannya sendiri berdasarkan segala maklumat yang anda ada. Ramai yang berputus asa kerana ia memerlukan kerja keras dan penuh dengan kekecewaan kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk melakukan apa yang perlu dilakukan.
#2:Saya boleh menjadi kaya pada hari esok – kaedah termudah untuk menjadi kaya sepantas itu ialah dengan memenangi hadiah pertama nombor ekor (ingat! Berjudi haram disisi Islam). Namun ia tidak akan menjadi kenyataan melalui internet. Jadi, jangan sekali-kali bermimpi anda akan menjadi kaya esok sebaik sahaja menyertai sebarang perniagaan online.
#3:Sebaik sahaja laman web siap, saya boleh berehat dan membiarkannya bekerja untuk saya – Ia takkan berlaku! Jangan sekali-kali percaya kenyataan ini kerana dengan hanya upload laman web anda ke “host server” ianya bermakna bahawa semua orang tahu bahawa ia wujud kerana hanya anda dan web host anda sahaja yang tahu (jika anda menggunakan hosting percuma, biasanya mereka langsung tidak endahkan kewujudan anda)sebuah laman web yang berjaya memerlukan begitu banyak kerja lain untuk membolehkannya berjaya.
Anda perlu mendaftar dengan search engine seperti Yahoo, Google, MSN, dll (kerana mereka tidak akan mencari anda secara automatik) dan ia tidak akan berada diindeks teratas sebaik sahaja didaftarkan. Anda perlu menunggu beberapa minggu atau bulan untuk diindekskan.
Anda juga perlu tahu apakah keyword yang sesuai untuk laman web anda. Anda juga perlu mendapatkan pelawat (trafik) ke laman web anda melalui pelbagai kaedah promosi samada online atau offline.
Apabila telah mempunyai pelawat, anda juga perlu memastikan bahawa laman web anda akan memberikan pendapatan (melalui jualan!) kepada anda. Tiada gunanya mempunyai pelawat yang ramai tetapi isi kandungannya tidak berjaya menyakinkan mereka untuk sentiasa kembali melawatnya semula atau melanggan produk/ perkhidmatan yang ditawarkan. Sebenarnya ia memerlukan begitu banyak kerja dan ia melibatkan masa dan wang yang banyak.
#4:Saya tidak perlu mengeluarkan wang untuk memasarkan perniagaan saya – ia adalah benar kerana anda tidak akan dapat melakukan pemasaran secara offline tanpa sebarang modal. Keadaannya adalah sama dengan pemasaran online. Mungkin anda boleh memasukkan iklan melalui pelbagai laman web berbentuk classified, direktori, forum, email, dll secara percuma.
Adakah anda sedar bahawa akses internet itu sendiri mempunyai kosnya yang tersendiri? Ini belum diambilkira tentang masa yang digunakan untuk menjalankan perniagaan (nilaikan jam bekerja anda dalam bentuk wang, misalnya RM2 sejam). Dengan ini, anda akan sedar bahawa tiada apa pun yang percuma, lebih-lebih lagi didalam perniagaan.
#5:Saya boleh membuat wang semasa tidur (atau bercuti) – ia juga adalah benar sehingga suatu tahap. Dengan mengautomasikan sebanyak mungkin tugasan dengan pelbagai jenis software yang ada didalam pasaran, anda boleh mempunyai lebih banyak masa terluang untuk membuat perkara lain. Anda boleh gunakannya untuk tidur atau bercuti dan dalam masa yang sama memperolehi wang.
Tetapi jika anda terus leka dengan keadaan ini dan tidak sentiasa memperbaiki diri dan perniagaan anda, akan tiba masanya anda tidak akan memperolehi satu sen pun melalui perniagaan anda.
Perniagaan ini adalah seperti sayuran yang ditanam (andaikan laman web anda yang telah disiapkan) di kebun sayur anda. Kemudian anda telah mengautomasikan proses penyiraman dan pembajaan (andaikan anda mengautomasikan proses mengumpul alamat email, menghantar e-newsletter secara berkala dan proses tempahan, pembayaran dan penghantaran), tetapi anda tidak boleh berhenti setakat itu sahaja dan menunggu hasilnya.
Anda masih perlu menjalankan proses memantau pertumbuhannya, memeriksa jika ada serangga perosak dan memastikan ia diberikan baja yang sesuai dan mencukupi (adakah anda bersedia menjawab pelbagai soalan yang diajukan pelawat/pelanggan, mengkaji prestasi laman web anda dari masa ke semasa, dll).
Jika anda tidak memastikan proses ini secara berterusan, anda tidak akan memperolehi hasil yang lumayan untuk tempoh masa yang lama kerana tanaman anda mungkin tidak lagi produktif mengeluarkan hasil atau mutu produk semakin merosot!
Jadi, selain dari menghabiskan terlalu banyak masa untuk bercuti atau tidur, lebih baiklah ia digunakan untuk memajukan perniagaan anda. Jadualkan masa berkerja anda dengan teliti kerana dengan mengambil sikap acuh tak acuh (hanya kerana tiada sesiapa yang akan memecat anda) tidak akan membawa sebarang kejayaan.
#6: Saya tidak perlu berurusan dengan sesiapapun! – ini kerana anda berangggapan bahawa semuanya boleh diuruskan melalui email. Sebenarnya, email hanyalah satu kaedah yang membolehkan anda menguruskan pelbagai kerja-kerja pengurusan dan sebagai alat untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan atau membina hubungan dengan mereka. Sebaik sahaja ia berlaku, anda perlu melanjutkan hubungan secara offline dimana anda perlu menelefon untuk bercakap atau bertemu dengan mereka.
Internet hanyalah satu alat komunikasi yang menyatukan anda dan pelanggan supaya sebarang hubungan seterusnya boleh dimulakan secara offline. Ia bukanlah alat untuk anda menyembunyikan diri anda dari berkomunikasi dengan pelanggan anda (terutamanya selepas menerima bayaran) kerana perhubungan selepas jualan amat penting untuk memastikan anda terus memperolehi pendapatan melalui pembelian ulangan dari mereka.
#7: Saya boleh memecat bos saya dan bekerja bila dan dimana sahaja – jangan sekali-kali berhenti kerja jika perniagaan online anda masih belum memberikan hasil yang lumayan kerana anda mungkin perlu kembali mencari kerja jika ia tidak seperti yang dirancang. Lakukannya secara sambilan dahulu dan jika telah benar-benar berjaya, barulah berhenti kerja dan membuatnya dengan sepenuh masa,
#8: Saya boleh menghabiskan masa untuk keluarga selama mana yang diingini – apabila anda menjalankan perniagaan tanpa mengambilkira apapun bidang yang anda ceburi, ia bukanlah sebuah hobi yang boleh dilakukan bila-bila masa yang anda suka. Jika itu yang anda fikirkan, anda perlu melupakan sahaja hasrat anda. Anda perlu mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual kerja yang konsisten.
Oleh itu, janganlah anda menganggap internet seperti tongkat sakti yang akan membuatkan anda menjadi jutawan dengan cepat. Apa jua perniagaan yang anda ceburi samada online atau offline memerlukan perancangan yang bijak selain komitmen dan disiplin yang tinggi untuk berjaya. Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mengikuti perkembangan terkini teknologi maklumat kemudian mempraktikkanya untuk dimanfaatkan didalam perniagaan anda.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Thursday, March 09, 2006
Menyediakan Rumah Untuk Perniagaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda artikel mengenai bagimana nak menyediakan
rumah untuk perniagaan kita. Sumber artikel ini adalah dari http://www.ehomemakers.net/
. Saya kira ia sangat menarik kerana tanpa perancangan yang betul, apa jua perkara
yang kita lalukan takkan berjaya. Harap artikel ini akan dapat membantu anda
serba sedikit didalam membuat perancangan. Selamat membaca!
-------------------------
Bagi kebanyakan orang, bekerja dari rumah kedengaran seperti satu aturan yang
ideal. Anda tidak perlu menghabiskan masa dalam perjalanan pergi atau pulang
dari tempat kerja. Anda boleh berada bersama anak-anak anda apabila mereka pulang
dari sekolah, dan anda tidak perlu melapor pada sesiapa kecuali diri anda sendiri.
Anda boleh bekerja bila-bila sahaja yang sesuai dengan anda.
Secara teorinya, ia memang menarik. Walaubagaimanapun, bekerja dari rumah penuh
dengan cabarannya sendiri. “Bekerja mengikut masa sendiri” boleh bertukar
kepada “bekerja sepanjang masa” jika anda tidak menetapkan satu jadual
bekerja. Anak-anak yang nakal pula adalah cabaran terbesar apabila anda mahu
menggambarkan imej profesional kepada bakal klien yang sedang berada di telefon.
#1: Mengasingkan perniagaan dan kehidupan peribadi
Kunci atau asas kejayaan dalam peralihan kepada perniagaan dari rumah ini ialah
dengan mengasingkan perniagaan dan kehidupan peribadi anda sejauh mungkin. Tetapkan
dari awal lagi jadual harian anda dimana ia akan menyatakan berapa jam (dan
pukul berapa) dalam sehari yang anda peruntukkan kepada perniagaan dan jangan
berganjak dari jadual ini. Apa yang tidak dapat anda selesaikan pada hari ini
boleh diselesaikan esok.
Jangan biarkan perniagaan anda mengambil masa yang anda tetapkan untuk kehidupan
peribadi dan keluarga.Satu cara untuk mengasingkan perniagaan dan kehidupan
peribadi ialah dengan mempunyai kawasan berasingan di rumah bagi kedua-dua perkara
ini. Jika boleh, peruntukkan satu bilik di rumah atau pangsapuri anda eksklusif
sebagai pejabat. Pastikan semua ahli keluarga faham bahawa apabila anda berada
di dalam bilik itu, anda sedang bekerja dan tidak boleh diganggu kecuali pada
waktu kecemasan.
Jangan gunakan bilik itu untuk aktiviti-aktiviti yang tidak melibatkan kerja
seperti menonton TV. Dengan membuat pengasingan seperti ini, anda akan menguatkan
dalam fikiran anda (dan dalam fikiran ahli keluarga yang lain) bahawa pejabat
ialah tempat anda menjalankan perniagaan dan ini harus dihormati oleh setiap
orang.
Dengan membuat pengasingan ini juga dapat membantu anda “menutup suis”
pada penghujung hari dan anda boleh menutup pintu pejabat dan pulang ke “rumah”
untuk bersama keluarga.
Kadang kala anda akan terdorong untuk menangani tugas-tugas yang tidak berkaitan
dengan kerja pada masa yang telah anda peruntukkan untuk bekerja. Jika sikap
ini terus digalakkan, ia akan mengaburkan garis sempadan yang telah anda tetapkan
di antara kerja dan kehidupan peribadi.
Elakkan dari meninggalkan pejabat anda untuk memasukkan baju ke dalam mesin
basuh, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan bilik air, mengemas kabinet dapur
dan sebagainya. Gangguan-gangguan seperti ini hanya akan menyebabkan anda terpaksa
duduk lebih lama dalam pejabat daripada yang sepatutnya demi untuk menyiapkan
kerja yang tertangguh.
Satu lagi panduan penting untuk mengasingkan kedua-dua dunia ini ialah dengan
mempunyai talian telefon, modem dan faksimili yang berasingan. JANGAN
benarkan anak-anak anda menjawab panggilan di talian perniagaan anda. Dapatkan
khidmat menjawab telefon untuk mengambil panggilan anda pada waktu tidak bekerja.
Begitu juga, apabila anda sedang bekerja, cuba pastikan bahawa anak-anak
anda sibuk dengan perkara lain apabila anda membuat panggilan berkenaan perniagaan. Anda tentu tidak mahu bakal pelanggan anda mendengar jeritan kanak-kanak di
sebelah apabila anda sedang cuba meyakinkannya untuk menerima khidmat yang anda
tawarkan.
Jika anda mempunyai anak kecil, ambillah seorang penjaga kanak-kanak pada waktu
di mana anda tahu anda akan membuat panggilan telefon. Jika anda mempunyai anak
yang sudah besar, mintalah dia melayan adik-adiknya.
Anda mungkin terpaksa membayar untuk khidmat ini sebagai cara untuk dia mendapatkan
duit poket tambahan. Wang yang anda belanjakan untuk khidmat penjagaan ini tidak
seberapa berbanding imej profesional yang dapat anda tunjukkan kepada pelanggan
dan klien yang baru atau yang sedia ada.
Adalah penting bagi anda memilih jenis perniagaan yang berkaitan dengan sesuatu
yang anda gemari, tetapi jangan biarkan perniagaan anda ini menjauhkan anda
dari keluarga. Lagipun, keluarga biasanya merupakan alasan pertama bagi
seseorang itu memutuskan untuk bekerja dari rumah. Anda bukan sahaja perlu berada
di samping mereka dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental dan emosi.
Jika anda berjaya mengimbangi kedua-dua dunia ini, anda tentu boleh berjaya
secara peribadi dan secara profesional. Aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
yang anda lakukan pada waktu di luar waktu bekerja dapat memberi tenaga kepada
kehidupan perniagaan anda.
Oleh itu, jangan fikir mengenai kerja yang boleh anda siapkan ketika anda sedang
berehat bersama keluarga di pantai pada hari minggu. Sebaliknya, fikirkan bahawa
keseronokkan yang anda nikmati hari itu adalah pelaburan bagi perniagaan anda
untuk minggu hadapan.
Beri 100% tumpuan kepada kerja dalam masa yang telah anda peruntukkan untuk
bekerja. Kemudian tutup pintu dan pulang ke rumah. Keluarga anda juga perlukan
anda 100%.
#2 :Pengurusan Ruang didalam Rumah
Adakah anda telah menyediakan rumah anda seadanya supaya anda boleh bekerja
dengan selesa? Kecuali jika anda telah memasukkan sekali cadangan untuk rumah
berpejabat kedalam pelan rumah baru anda, atau anda mempunyai ruang dan kewangan
yang mencukupi untuk menyediakan suatu sistem pejabat buatan, rumah berpejabat
anda mungkin tidak menyamai sebuah pejabat biasa.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa ia tidak dapat berfungsi seperti
fungsi pejabat yang biasa kerana anda hanya perlukan pengetahuan tentang bagaimana
untuk menguruskan segala ruang yang ada didalam rumah anda.
Apakah yang anda lihat apabila anda melangkah masuk ke satu ruang kosong sebuah
bilik? Anda mungkin melihat satu kawasan yang berkeluasan 100 kaki persegi,
dan itu sahaja! Dengan sedikit kreativiti dan kemahiran organisasi, anda juga
akan menyedari satu ruang bekerja / penyimpanan yang sepuluh kali atau mungkin
juga seratus kali lebih dari keluasan lantainya. Menguruskan satu ruang fizikal
merupakan satu tugas yang mencabar. Terutama sekali sekiranya anda bekerja dari
rumah.
Anda perlu mendapatkan satu ruang khas daripada persekitaran yang telah sedia
ada. Pada tahap-tahap yang tertentu, ia melibatkan pula kemahiran organisasi.
Berkemaslah dan anda akan menemui banyak ruang kosong yang tidak pernah anda
terfikirkan. Buangkan semua barang-barang yang tidak perlu dan tidak boleh digunakan
lagi.
Jika ianya masih dalam keadaan elok, pertimbangkan untuk menjualnya ke kedai
barang-barang terpakai ataupun dipasar-pasar lambak. Bagi tujuan untuk memaksimumkan
ruang fizikal kosong yang ada, anda perlu melihat ke beberapa arah yang tertentu
– atas, bawah, sisi, dalam, luar dan menegak.
- Atas - Perhatikan samada terdapat ruang kosong diatas katil tidur
anda, tingkap dan almari pakaian - Bawah - Maksimumkan penggunaan ruang kosong dibawah katil anda, sofa,
sinki dapur dan tangga. Simpan barang didalam kotak-kotak yang berlabel dengan
kemas dan terang. - Sisi - Tolak semua perabot rapat ke dinding. Jika anda perlu ruang
permukaan kerja yang lebih, pertimbangkan meja lipat yang bersambung dan terikat
didinding. - Dalam - Maksimumkan penggunaan ruang didalam almari, almari pakaian,
kabinet dan laci sedia ada. Tambah penyangkuk untuk mengantung barang-barang
dan ‘plywood’ untuk menambahkan lagi para-para untuk tujuan simpanan. - Luar - Perhatikan sekeliling dan lihat samada terdapat kawasan-kawasan
yang tidak digunakan sepenuhnya. Bina beberapa para-para pada dinding dengan
menggunakan bahan-bahan ringkas yang tersedia dipasaran bagi memperolehi ruang
meletak barang yang lebih ataupun mempamer barangan. - Menegak - Manfaatkan sepenuhnya ketinggian dinding-dinding rumah
anda. Dengan cara ini, anda mengurangkan pengguna ruang pada lantai. Namun
begitu, pastikan anda juga mempastikan aspek-aspek keselamatan sekiranya anda
mempertimbangkan untuk menyusun kotak-kotak secara menegak.
Selain daripada ruang fizikal, ruang psikologi juga merupakan sesuatu yang
tidak boleh anda abaikan. Pertimbangkan perkara-perkara berikut:
- Adakah anda mempunyai ruang penampan yang selesa diantara kawasan
bekerja anda dan ruang duduk keluarga atau bilik-bilik tidur / katil? Jika perlu, anda mungkin perlu menyekat kawasan bekerja anda dengan menggunakan
tumbuh-tumbuhan didalam pasu, rak buku atau tirai-tirai yang menarik. - Adakah ‘pejabat’ anda itu akan menganggu rutin harian ahli-ahli
keluarga anda? Adakah mereka akhirnya perlu menjawab panggilan telefon untuk
anda? Adakah anda menuntut keadaan yang sunyi sepi dirumah anda semasa anda
bekerja? Adakah anda menganggu privasi mereka atau sebaliknya ketika anda
bekerja di rumah? - Adakah perubahan kedudukan perabot rumah telah menyusahkan ahli-ahli
keluarga anda? Adakah perkara ini akan menghasilkan perasaan kecil hati dan
tiada persefahaman dimasa akan datang?
Ingatlah, kita perlu tahu membezakan diantara pengasingan dan gangguan. Anak-anak
anda mungkin tidak akan bersetuju dengan idea anda untuk mengasingkan diri ketika anda sedang melakukan kerja-kerja ‘berfikir’ yang serius.
Dengan itu, anda mungkin memerlukan suasana sunyi tersebut dalam usaha menyiapkan
kerja sebelum tarikh akhir. Untuk perkara seperti ini, ruang psikologi juga
adalah sama pentingnya seperti ruang fizikal.
#3: Susun Atur Tempat Kerja
Mungkin boleh melemahkan semangat apabila memikirkan tentang peralatan atau barangan yang perlu anda susun didalam tempat kerja anda. Dimana perlu kita mulakan? Panduan am berikut adalah satu aliran kerja secara logik. Persediaan ‘pejabat’ rumah anda perlulah selari dengan aliran dan ciri semulajadi
kerja anda.
- Simpan benda-benda yang akan selalu digunakan pada jangkauan tangan anda.
Ia termasuklah rekod-rekod perniagaan anda, fail kertas, disket computer dan
kad-kad nama. - Pastikan ‘pejabat’ rumah anda itu menawarkan persekitaran yang
selamat untuk anda bekerja didalamnya – adakah wayar-wayar berada didalam
keadaan yang kemas dan sepatutnya, supaya anda tidak akan tersadung wayar
mesin pencetak anda? Keselamatan adalah lebih menjadi keutamaan bagi golongan
wanita mengandung dan yang menggunakan kerusi roda. - Gunakan cahaya semulajadi seberapa banyak yang boleh untuk menjimatkan
perbelanjaan tenaga elektrik.
Apa sahaja jenis perniagaan yang anda ceburi, produktiviti, keselamatan, ruang
dan sumber tenaga yang efisien merupakan pengukur yang penting untuk menghasilkan
susun atur ‘pejabat’ rumah yang terbaik.
#4: Persekitaran Yang Betul Untuk Pelanggan
Mewujudkan atmosfera perniagaan adalah penting sekiranya anda akan menerima
kedatangan pelanggan atau pengguna anda dirumah.
Sebenarnya, apabila anda menjalankan perniagaan SOHO anda sendiri, adalah payah untuk memastikan pelanggan terus berada diluar. Apabila mereka singgah untuk mengambil barang-barang tempahan mereka, adalah payah untuk tidak menjemput mereka masuk kedalam rumah. Ambil langkah-langkah berikut sebagai panduan:
- Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan ‘SOHO’ seperti
rekabentuk grafik; perakaunan; perunding kewangan; perkhidmatan kesetiausahaan;
‘copywriting’; terjemahan; ‘desktop publishing’ dan rekabentuk
laman web:
Pelanggan atau bakal pelanggan anda mungkin berminat kepada keadaan pejabat
anda, keupayaan, bahan-bahan rujukan, kelulusan dan pengiktirafan industri jika
ada. Sentiasa kemaskini contoh-contoh hasil kerja anda dan senarai pelanggan-pelanggan
yang dikenali ramai.
Beberapa benda yang disusun dengan teratur dan bersesuaian dengan tema keseluruhan
anda seperti sebuah meja atau papan putih digantung didinding dengan kemasnya
akan menaikkan seri ruang pejabat anda tanpa menghalang daya produktiviti kerja
anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menambah satu dua jenis tumbuhan
atau sedikit sentuhan artistik untuk memberikan ‘kehidupan’ kepada
pejabat anda.
Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan pengurusan acara seperti mengelolakan
jamuan harijadi, jamuan perkahwinan, jamuan-jamuan koperat, perhimpunan-perhimpunan
etnik atau sebarang aktiviti-aktiviti khas:
- Gantungkan gambar-gambar acara-acara yang pernah anda uruskan sebelum ini
didalam pejabat anda. Jadikan bakal-bakal pelanggan anda teruja dengan membantu
mereka membayangkan acara-acara yang bakal anda kelolakan untuk mereka dengan
bantuan gambar-gambar tersebut.
Sekiranya anda menjual pakaian dan aksesori, anda akan perlukan sebuah
bilik persalinan untuk kemudahan pelanggan-pelanggan anda.
- Pengalaman untuk mencuba pakaian perlulah sesuatu yang menenangkan dan selesa
sepertimana pengalaman membeli-belah dipusat membeli-belah. Sediakan koleksi
majalah-majalah fesyen wanita yang terkini ditempat-tempat yang mudah dijangkau
oleh pelanggan-pelanggan anda.
Sekiranya anda menjual produk seperti kraftangan, hadiah buatan tangan,
gubahan bunga, dll:
- Pamerkan hasil-hasil kerja anda dengan bantuan alatan yang sesuai mengikut
suasana yang tertentu. Persekitaran yang bersepah boleh mengurangkan daya
tarikan barang-barang tersebut.
Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak
dirumah:
- Isu keselamatan, kebersihan, sumber cahaya dan peredaran udara merupakan
kebimbangan utama pelanggan anda. Jadi pastikan anda mengambilkira segala
aspek tersebut dan menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak mereka.
Ingat, ‘pejabat’ rumah anda adalah bidang anda. Anda dengan mudah
boleh mereka bentuk sebuah pejabat yang akan mencerminkan personaliti dan stail
anda, didalam ruangan yang terbatas dan belanjawan anda. Jangan lupa, ‘pejabat’
rumah akan berkembang mengikut masa, bergantung kepada keperluan perniagaan
anda.
#5: Masa Urusniaga dan Percutian
Jika anda bekerja dipejabat, pastinya anda mempunyai masa bekerja yang tetap.
Namun, dengan memindahkan pejabat anda ke rumah, pasti ramai yang beranggapan
mereka perlu menjalankan urusniaga 24 jam. Ini pastinya akan mengganggu kehidupan
peribadi anda jika telefon asyik berdering sepanjang masa.
Jangan takut kehilangan pelanggan hanya kerana mereka tidak boleh menghubungi
anda diluar “waktu pejabat” kerana anda masih boleh menerima pesanan
mereka pelbagai kaedah telekomunikasi canggih seperti peti simpanan suara, SMS
dan email. Jadi, jangan ragu-ragu untuk memaklumkan kepada para pelanggan anda
waktu anda boleh dihubungi untuk urusan perniagaan.
Begitu juga dengan hari bekerja. Seperti pekerja biasa, anda juga perlukan
cuti, jadi pastikan anda menetapkan hari cuti anda agar anda dapat menumpukan
sepenuhnya kepada keluarga dan diri sendiri.
Dengan ini,anda akan menjadikan perniagaan dari rumah anda begitu menyeronokkan
untuk anda dan keluarga. Walaupun dengan bekerja sendiri bebas memilih masa
bercuti dan bekerja, namun anda perlu bersikap profesional dan komited kepada
perniagaan dan peribadi.
Jika anda akan bercuti panjang, anda perlu memilih jumlah masa yang sesuai.
Pelanggan anda mungkin tidak kisah jika pejabat anda tutup pada musim cuti.
Oleh itu, selagi mereka diberi notis awal, mereka tentu akan faham. Lagipun,
setiap orang perlukan cuti untuk berehat.
Jika anda rasakan bahawa anda tidak boleh menutup pejabat selama itu, jadi
timbangkan samada anda boleh menggaji seseorang untuk sementara waktu untuk
menguruskan perniagaan seharian anda sementara anda bercuti.
-----------
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Wednesday, March 08, 2006
BUAT DUIT PERCUMA DENGAN HANYA MEMBACA EMAIL
Apa khabar anda pada hari ni? Harap anda sihat walafiat. Pada hari ni saya akan menceritakan tentang program tambah pertama saya yang saya pernah sertai iaitu MEMBACA EMAIL.
Ya! Inilah peluang pertama (tahun 2001) yang saya mula-mula JUMPA semasa mencari-cari apakah peluang pekerjaan yang boleh saya sertai di internet. Masa tu memang saya langsung takde pengalaman tentang program CARI DUIT guna internet ni..
Peluang ni memang sangat menarik kerana ada yang mendakwa memperolehi ribuan ringgit dengan hanya membaca email dan melihat iklan.
Apa yang begitu menarik tentang program seumpama ini ialah penyertaan adalah PERCUMA dan bukan itu sahaja, anda juga akan DIBAYAR sebaik sahaja mendaftar sebagai ahli! Jadi, siapa yang tak nak DUIT FREE kan? Program ini biasanya dikenali sebagai PAID EMAIL atau PAID TO READ.
Saya terus mendaftar beberapa program seperti dan mula melihat ia sebagai yang sangat menarik. Setiap hari saya akan menerima email dari pihak syarikat (sekitar 1-5 email sehari) dan apa yang perlu saya lakukan ialah hanya buka email dan klik pada link yang disediakan untuk membolehkan anda menerima bayaran. Biasanya sekitar usd0.01-usd0.05 bagi setiap email (kalau tak silap saya).
Ada juga yang menawarkan lebih banyak bayaran jika anda sertai program yang diiklankan. Syarikat juga biasanya turut menyediakan program PAID TO SURF dimana anda hanya perlu login ke web mereka dan klik pada iklan yang dipaparkan untuk membolehkan anda mendapat lebih banyak bayaran.
Kebiasaanya pembayaran ganjaran akan dilakukan melalui Egold, Paypal, StormPay dan sebagainya. Hampir 2 bulan jugak saya sertai program ini dan menyertai sekitar 20 program tetapi hanya dapat mengumpul usd15 sahaja! Itupun hanya dalam system (masih belum dapat ditunaikan) dan akhirnya saya BERHENTI. Mengapa?
Ada banyak sebab saya berhenti kerana pada saya kerja ini memang tidak berbaloi dan hanya MEMBUANG MASA DAN TENAGA sahaja. Kenapa saya cakap macam tu? Ini antara sebab-sebabnya:
1) Kebanyakan program ini meletakkan HAD BAYARAN MINIMA untuk membolehkan saya membuat pemindahan wang ke akaun egold saya untuk saya tukarkan kepada WANG TUNAI. Dan pada saya untuk mencapai BAYARAN HAD MINIMA yang ditetapkan itu sangat susah. Sebagai contoh syarikat letakkan syarat usd15 untuk payout ke akaun egold.
Katakan bagi setiap email yang dibaca atau iklan yang di klik, anda akan dibayar usd0.01, ini bermakna untuk mendapatkan usd15, anda perlu membaca kira-kira 1500 email! Katakan setiap hari purata anda menerima 5 email dan dapat klik pada 5 iklan sahaja, sehari anda akan menerima usd0.1 dan untuk mencukupkan usd15, anda perlukan 150 hari (5 bulan ) untuk mendapatkan bayaran!
2) Anda juga akan diberikan komisen apabila ada ahli baru yang mendaftar dibawah anda, serta juga menerima bonus hingga level tertentu. Ini bermakna anda boleh mendapat lebih banyak WANG dengan menaja! Ini juga bermakna anda turut perlu mempromosikan perniagaan ini kerana lebih cepat dan lebih banyak wang yang boleh anda perolehi.
Tetapi saya berfikir balik, sudahlah saya perlu habiskan banyak masa untuk membaca email dan klik iklan, sekarang perlu mempromosikan pulak untuk dapat lebih banyak pendapatan. Adakah ia cara yang bijak? Kalau pakai streamyx atau internet di"pejabat" takpela kot, tapi kalau pakai dial-up atau pergi cybercafe pada saya memang tak berbaloi.
Katakan sejam sehari diluangkan untuk buat benda ni, di CC:
sejam=rm2,
1bulan=30hari=rm2x30=rm60,
5 bulan = rm60x5=rm300.
Dapat income=usd15x3.8=rm57.
Kerugian=rm57-rm300=rm243!
3) Anda juga mempunya RISIKO TINGGI untuk tidak dibayar! Ini kerana syarikat ini biasanya hanya dikendalikan oleh orang perseorangan yang boleh dipertikaikan kredibiliti mereka. Dan kebiasaannya anda akan menyertai program berdasarkan penilaian yang mana akan memberikan bayaran yang paling tinggi dan had payout yang paling minima tanpa memikirkan track rekod website itu.
4) Keahlian anda BOLEH DITAMATKAN jika tidak aktif untuk tempoh tertentu. Seperti jika anda tak login selama 1 bulan, keahlian anda boleh ditamatkan pendapatan yang anda perolehi akan hilang begitu saha. Jadi, pastikan anda betul2 memahami Terms & Condition yang ditetapkan.
Rasanya 4 sebab yang saya sebutkan ini boleh membantu anda membuat penilaian jika anda berminat untuk menyertai program seumpama ini. Tidak saya nafikan ada yang berjaya tetapi ramai yang juga yang tidak. Apa yang penting pada saya ialah tidak salah mencuba kerana selepas itu anda akan tahu samaada ia sesuai atau tidak dengan anda.
Saya pernah terbaca sebuah ebook yang ditulis oleh Gary Shawkeys yang bertajuk “Gary Shawkeys Secret: Become An Expert Affiliate Overnight” dimana beliau telah menemuramah seorang Pakar Pemasaran Internet bernama Brian Garvin.
Brian merupakan salah seorang pakar pemasaran internet didalam bidang Affiliat dan MLM. Dimana beliau menasihatkan jika anda benar-benar inginkan pendapatan lumayan melalui program affiliat, jangan sertai program seperti ini. Disini saya sertakan QA tentangnya dibawah tajuk “Questions From Affiliate Newbies Answered”
-------------------------------------------------------------
Q: What type of affiliate programs should you avoid?
A: If you want to make it big in the affiliate marketing industry you need to think big up front. Never promote get paid to surf programs, get $5.00 for signing up programs, programs that offer guaranteed traffic, downline clubs, gifting programs, send cash in the mail programs, undoable matrix programs, chain letters, etc.. I call these programs “cheesy” programs. I’ve made a couple of mistakes promoting these programs as a newbie myself, so I speak from experience, although I won’t associate myself with them anymore. They will just give you cheesy reputation if you keep promoting them. The mode money you make and the more you brand your name, the worse it can hurt you if you promote these.
-------------------------------------------------------------
Rasanya agak banyak yang saya tuliskan hari ni. Diharap anda mendapat sedikit manfaat darinya. Saya juga meminta maaf jika ada yang tidak puas hati dengan pendapat saya.
Jika anda masih minat untuk mencuba, Nasihat saya ialah BUAT PENYELIDIKAN dengan melayari dan memahami keseluruhan website yang ingin anda sertai terutamanya ruangan FAQ yang disediakan.
Pastikan juga kaedah pembayaran sesuai untuk Rakyat Malaysia seperti egold kerana ada beberapa kaedah seperti Paypal dan ClickBank tidak mengiktiraf Malaysia .Ingat bahawa dalam apa jua yang kita lakukan “Knowledge is Power!”. Dan selain itu kita juga akan sentiasa belajar dari kesilapan.
Jika PAKAR seperti Brian Garvin juga pernah sertai program seperti ini dan menasihatkan agar anda menjauhkan diri, mengapa perlu MENGHABISKAN MASA DAN WANG RINGGIT. Salah satu rahsia kejayaan jutawan internet ialah MEMPRAKTIKKAN APA YANG DIAJAR OLEH MEREKA YANG TELAH BERJAYA. Jadi, Fikir-fikirkanlah.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Tuesday, March 07, 2006
Mengapa Internet Menjadi Medium Pilihan
Hari ini saya ingin menceritakan bagaimana saya mula berjinak-jinak dengan internet yang sekarang mula menjadi sumber pendapatan saya. Teknologi internet adalah sangat luas dan telah memberikan kesan yang cukup hebat kepada individu, keluarga, masayarakat, negara dan dunia. Saya mula menggunakan komputer sejak tahun 1991 dan mula megenali internet pada 1997 (semasa menuntut di universiti). Namun dimasa itu tidak banyak laman web yang ada dan email masih tidak digunakan secara menyeluruh.
Apabila saya menjejaki alam pekerjaan sekitar tahun 2001, saya menggunakan sepenuhnya kemudahan internet terutamanya didalam menjalankan pelbagai penyelidikan dalam usaha menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan. Dalam jangkamasa yang sama, saya menyedari potensi yang sangat besar didalam mengeksploitasi keupayaannya yang akan memberikan saya lebih kebebasan disegi kewangan dan masa!
Penggunaan internet di Malaysia telah bertambah berlipat kali ganda, dan dengan pengumumam Perdana Menteri pada Budget 2004 yang mencadangkan penurunan kadar akses internet dijangka akan meningkatkan lagi penggunaannya diseluruh negara. Statistik menunjukaan bahawa pengguna internet di Malaysia akan meningkat daripada 3 juta (2003) kepada 6 juta orang orang menjelang 2005!
Cuba anda fikirkan, dengan peningkatan bilangan pengguna internet ini setiap tahun.. apakah sebenarnya yang mereka lakukan? Anda sebagai pengguna internet, apakah peluang yang anda nampak? Adakah anda melayari internet untuk mendapatkan maklumat samaada berunsur ilmiah (berkaitan kewangan, rumahtangga, kerjaya, pendidikan, kesihatan, kecantikan, sains& teknologi, berita, sukan, dll) atau hiburan (seperti musik, fesyen, kosmetik, percutian, MP3, games, chatting, dll) atau sebagai sumber pendapatan? (dengan merebut peluang yang sedia ada atau mengenalpasti peluang yang sesuai untuk anda mulakan perniagaan anda)
Telah ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan yang lumayan melalui internet. Tidak kira dengan menjalankan perniagaan atau menyertai pelbagai program yang mampu memberikan pendapatan sampingan. JIka anda memilih untuk menjalankan perniagaan, gabungan online dan offline pasti memberikan hasil yang lebih memberangsangkan. Namun bukan sedikit yang kecundang kerana internet merupakan superhighway bagi pelbagai maklumat dan terkadang kita menjadi alpa dan tidak fokus.
Jika anda sanggup melakukan dua perkara iaitu Learn & Apply, anda pasti akan berjaya didalam apa jua perniagaan yang anda ceburi. Adalah sangat penting untuk anda bersedia untuk mempelajari apa jua kaedah, teknik dan teknologi yang dapat membantu menjayakan perniagaan anda dan mengaplikasikannya didalam perniagaan anda. “Tidak berguna ilmu yang ada tanpa amalan”.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Monday, March 06, 2006
Punca Kegagalan Pekerjaan atau Perniagaan Dari Rumah
Hari ini saya akan tuliskan serba sedikit apakah yang menyebabkan kita mengalami kegagalan.
Sebenarnya apa jua pekerjaan/perniagaan yang kita jalankan tidak akan gagal asalkan kita mengamalkan etika kerja yang baik, disiplin diri serta pertimbangan yang waras dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Namun , sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan dan ia akan menjejaskan segala perancangan kita sebelum ini.
Dibawah ada disenarai beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang menceburi bidang perniagaan. Kalaupun anda sekadar menjadi pekerja sambilan (i.e tidak berniaga), pastinya ia tetap sesuai diaplikasikan. Diharap anda akan dapat mengelakkannya untuk memastikan anda mencapai kejayaan seperti yang diimpikan.
Kekurangan modal:
Kekurangan wang tunai adalah merupakan faktor utama yang menyebabkan kegagalan sesuatu perniagaan. Ini bermakna, anda tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk dilaburkan dalam perniagaan anda atau mengagihkannya untuk keperluan lain dalam kehidupan. Oleh itu, anda perlu membuat perancangan kewangan yang teliti sebelum memulakan perniagaan.
Kekurangan latihan/kemahiran/pengalaman:
Ini juga merupakan mengapa kebanyakan perniagaan gulung tikar. Jika didalam syarikat yang besar terdapat ramai orang yang akan mengendalikan pelbagai fungsi yang berbeza seperti penyelidikan, kewangan, penghantaran, pengiklanan, pengkeranian, komunikasi bersama pelanggan, dll.
Namun, dalam bidang ini, anda bekerja sendirian dan anda perlu menguasai semua aspek kemahiran yang diperlukan untuk perniagan anda. Jadi, jangan anda kedekut masa dan wang ringgit untuk dilaburkan dalam usaha mempelajari kesemua kemahiran. Ingat “ Knowldege is power”.
Perancangan yang kurang rapi:
Ramai yang terjun ke bidang perniagaan dari rumah tanpa perancangan yang mencukupi dan kebanyakannya membawa kegagalan. Perkara utama yang perlu dilakukan ia bertindakbalas kepada situasi yang ada, bukannya membuat keputusan secara mendadak. Maksudnya, siapkan diri anda disegi mental, kewangan, kemahiran serta fizikal sebelum memulakan perniagaan.
Kesilapan dalam Perancangan kewangan:
Kebanyakan mereka yang menyertai perniagaan ini tidak sedar tentang berapa banyakkah kos yang diperlukan untuk menjalankannya. Atasi perkara ini dengan menyimpan rekod perbelanjaan terpeinci semua transaksi yang dilakukan. Bentuk disiplin diri dalam berbelanja walaupun anda bekerja secara bebas.
Situasi diluar jangkaan:
Kadang-kadang perniagaan juga terpaksa menghadapi situasi yang diluar kawalan. Bayangkan banjir kilat boleh merosakkan komputer anda atau lain-lain peralatan yang penting dalam perniagaan anda. Pastikan anda mempunyai insurans bagi semua ini. Sebagai usahawan, anda perlu mendapatkan sendiri nasihat daripada agen insuran mengenainya.
Kehilangan minat:
Terdapat juga mereka yang akan hilang minat terhadap perniagaan yang dijalankan. Ia adalah benar sekiranya anda menjalankan perniagaan yang tidak anda minati. Ataupun ia mungkin berpunca daripada perniagaan yang tidak berjalan seperti yang dirancang dan ia meruntuhkan semangat anda. Oleh itu, pastikan anda memilih perniagaan yang anda minati dan sentiasa membina motivasi diri untuk menjalankannya.
Unsur penipuan/pemalsuan:
Melakukan perkara yang menyalahi undang-undang pastinya akan mengundang padah. Kadang-kadang aktiviti yang dilakukan oleh rakan kongsi. Pekerja anda juga boleh memusnahkan perniagaan anda. Sila semak dengan teliti segala sistem, peralatan, bahan dan apa jua perkara yang berkaitan dengan perniagaan anda untuk mengelakkan situasi ini menimpa anda.
Kesilapan memilih rakan kongsi/pekerja:
Jika anda memberikan sebarang tanggungjawab kepada orang yang salah, anda pastinya akan menghadapi masalah dimasa akan datang. Memang tidak dinafikan perlunya rakan kongsi/pekerja samada untuk mengumpul modal atau mendapatkan kepakaran. Namun sila pastikan anda membuat penelitian terpeinci untuk mengelak kesulitan dimasa akan datang.
Selain itu, ada juga perkara yang dilakukan oleh peniaga itu sendiri yang melibatkan keperibadiannya sendiri tanpa melibatkan orang lain. Perkara-perkara berikut masih boleh dielakkan dengan berubah kepada sikap yang lebih positif;
Salahguna komputer & internet:
Semasa saya mula mengenali komputer, saya menjadi ketagihan didalam bermain pelbagai games yang terdapat didalamnya. Kadang-kadang saya akan menetapkan waktu rehat untuk 5 minit tetapi apa yang terjadi ialah saya telah menghabiskan masa hampir 3 jam hanya dengan bermain Solitaire!
Begitu juga dengan internet, sebagaimana yang kita semua tahu, macam-macam yang boleh diperlolehi dari internet. Semasa membuat penyelidikan bagi perniagaan saya, kadang-kadang saya akan melawat laman web yang menawarkan “peluang menjana pendapatan” tanpa sebarang tujuan khusus dan akhirnya mendaftar/melanggan untuk pelbagai tawaran percuma yang ada… ia pastinya sangat merugikan masa, wang dan tenaga!
Penggunaan telefon secara tidak profesional:
Apakah pandangan bakal pelanggan anda apabila telefon anda dijawab oleh anak-anak anda? Mungkin ia nampak “comel” namun ia memang tidak profesional. Kerana pada mereka ia merupakan panggilan untuk urusan perniagaan, dan anda mungkin tidak menyedarinya. Pastikan anda menyediakan talian khas untuk perniagaan anda dan pastikan ia tidak digunakan tanpa kebenaran anda.
Keluarga dan rakan-rakan:
Ini merupakan sesuatu yang begitu sukar untuk ditangani. Keluarga dan rakan-rakan mungkin akan menganggap anda mempunyai begitu banyak masa terluang kerana bekerja dari rumah. Ada yang akan singgah atau menelefon dan menyatakan bahawa mereka merasa bosan dan ingin berbual dengan anda!
Adalah sukar untuk menyatakan kepada mereka bahawa anda perlu bekerja dua kali ganda untuk berjaya. Dan kaedah yang paling mudah ialah mengatakan TIDAK walaupun sukar. Ingat etika kerja dan perancangan masa adalah penting!
Naik turun dalam perniagaan:
Mungkin keluarga dan rakan-rakan anda akan merasakan bahawa adalah tidak munasabah untuk anda berhenti dari sati pekerjaan yang menjamin masa depan anda semata-mata kerana ingin menjalankan perniagaan sendiri. Dan ia adalah benar, kerana anda tidak akan membuat keuntungan dalam jangkamasa yang singkat.
Namun, ia pasti akan berhasil dari masa ke semasa. Anda tidak perlu berputus asa jika tidak memperolehi pendapatan yang lumayan setiap bulan, ini kerana setiap perniagaan ada pasang surutnya tetapi ia masih memberi keuntungan.
Menceburi terlalu banyak perniagaan:
Jangan terkejut jika ada usahawan yang menyertai lebih daripada 300 program menjana pendapatan melalui internet, membuat pelbagai usaha promosi namun masih tidak berjaya! Sebenarnya anda perlu bijak memilih apakah program yang sesuai dan menghadkan kepada maksima 20 program sahaja. Buat penyelidikan terperinci dan tumpukan perhatian sepenuhnya. Jangan jadi seperti pepatah Inggeris “he chatches two rabbits catches neither”.
Keinginan melakukan segala tugas sendirian:
Anda adalah majikan dan pekerja kepada perniagaan anda. Anda perlu menjawab telefon, menghantar pesanan, membuat jualan, dll. Lambat laun anda akan merasa letih melakukan kesemuanya sendirian.
Bila tiba saat itu, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan seseorang untuk membantu anda secara sambilan yang dibayar berdasarkan kerja yang mereka lakukan. Jadi, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk menjayakan perniagaan anda. Anda juga boleh menggunakan pelbagai teknologi automasi yang boleh memudahkan banyak kerja.
Rasanya dah banyak yang saya dapat kongsikan. Post ini adalah olahan dari pelbagai sumber yang saya tidak dapat tuliskan. Sekali lagi, saya mohon maaf. Apapun, saya harap ia dapat memberikan manfaat.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Sunday, March 05, 2006
Realiti Hidup Apabila Bekerja dari Rumah
Hari ni saya akan kongsikan tentang REALITI SEBENAR apabila kita memilih untuk bekerja dari rumah. Post ini sebenarnya penulisan semula dan terjemahan dari pelbagai sumber yang saya sendiri tak berapa ingat.Maaf.
Pemikiran rakyat Malaysia sekarang telah mula berubah dari kerja makan gaji ke arah bekerja sendiri terutamanya dalam memulakan sebuah perniagaan. Mereka yang sedang makan gaji telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan bermula secara sambilan kecil-kecilan seperti menjual kain baju, kerepek, kuih muih atau bagi yang tiada kemahiran pula memilih untuk menyertai jualan langsung (MLM).
Sesungguhnya impian agar dapat bekerja dari rumah sendiri kedengarannya begitu menyeronokkan setiap orang. Anda mempunyai kebebasan disegi masa dan tenaga disamping tidak perlu mendengar sebarang arahan/ komen daripada bos anda, selain keistimewaan untuk bercuti bila-bila masa anda inginkan dan sentiasa bersama keluarga.
Jika itu yang sedang anda fikirkan jika anda memilih untuk bekerja dari rumah? Anda perlu mengkaji dengan lebih terpeinci sebelum membuat sebarang keputusan untuk bekerja sendiri.
Walaupun terdapat banyak kelebihannya menjalankan perniagaan sendiri, anda perlu mempertimbangkannya dengan sedalam-dalamnya realiti sebenar dan pasti bahawa ia benar-benar sesuai untuk anda. Terdapat pelbagai realtiti sebenar yang perlu anda pertimbangkan samaada disegi kehidupan peribadi, kewangan dan persekitaran.
Realiti utama yang amat penting untuk anda sedari ialah disegi peribadi dimana ia akan perubahan didalam kehidupan seharian anda. Antara aspek yang perlu difahami ialah;
Komitmen:
Anda seharusnya komited dalam usaha memastikan perniagaan yang anda jalankan mencapai kejayaan seperti yang diimpikan. Dan adalah sangat perlu untuk anda membezakan antara komited dan minat yang mendalam dalam kerana jika anda menjalankan perniagaan semata-mata kerana minat, semangat dan motivasi diri anda akan pudar mengikut pengedaran masa.
Kesediaan Menerima Risiko:
Salah satu kelebihan memiliki perniagaan sendiri ialah anda tidak perlu menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh bos anda. Apa yang terjadi ialah anda tidak mempunyai sebarang sokongan atau tempat mengadu jika timbul sebarang masalah. Jika anda melakukan satu kesilapan yang mengakibatkan kerugian, anda sendiri yang akan menanggungnya.
Atas sebab ini, anda perlu sentiasa bersedia untuk mengambil risiko. Jika anda memiliki kehidupan yang lebih selamat dan stabil, bekerja makan gaji mungkin merupakan pilihan yang lebih baik buat anda.
Motivasi Diri:
Perlu anda ingat bahawa anda anda tidak mempunyai bos yang akan memberi arahan bekerja kepada anda. Anda perlu berupaya untuk memotivasikan diri anda sendiri untuk melakukan apa yang perlu termasuk apa jua perkara yang anda tidak begitu gembira melakukannya.
Disiplin Diri:
Menjadi bos kepada diri sendiri bermakna anda perlu menerapkan disiplin yang kuat dalam diri untuk memastikan segala tugas dapat diselesaikan seperti yang sepatutnya. Tanpan sikap ini, adalah sukar untuk menjalankan perniagaan dari rumah dengan jayanya.
Kesabaran:
Memulakan perniagaan dari rumah adalah satu perkara yang penting namun menjadikan perniagaan tersebut menjana keuntungan(seperti yang diharapkan) adalah begitu penting untuk difikirkan. Anda perlu sedar bahawa anda tidak akan memperolehi keuntungan dalam masa yang singkat. Anda perlu bersedia untuk bersabar dan berjimat cermat semasa beberapa bulan pertama perniagaan anda.
Penyebab:
Sebab mengapa anda memilih untuk memulakan perniagaan ini berkait rapat dalam memastikan anda sentiasa mempunyai motivasi diri yang tinggi dan menguatkan semangat anda untuk menjalankannya. Jika alasan anda ialah untuk menjadi kaya dalam jangkamasa yang singkat atau peluang untuk bekerja dalam masa yang sedikit, anda perlu fikirkan semula kerana ia mungkin tidak akan berjaya.
Fleksibiliti dan kebolehan menyesuaikan diri:
Anda mungkin datang dari bidang korporat dan memiliki status tertentu. Anda juga mungkin mempunyai setiausaha atau pembantui yang akan menyelesaikan pelbagai perkara yang melibatkan bidang tugas anda. Namun, dalam perniagaan anda, anda perlu bersedia untuk menjalankan pelbagai tugas yang dahulu dijalankan oleh orang lain.
Ini bermakna, adalah sangat penting untuk anda sentiasa berusaha menyesuaikan diri dan bersedia mempelajari kemahiran baru dan tugas-tugas yang sebelum ini dilakukan oleh orang lain.
Kesediaan untuk berkorban:
Terutamanya di peringkat awal perniagan anda dimulakan. Bersedialah untuk berkorban disegi masa dan wang ringgit untuk memastikan ia berjalan lancar. Anda perlu bersedia untuk bekerja dalam masa yang agak lama dan memperolehi pendapatan jauh lebih rendah berbanding gaji anda semasa bekerja.
Etika Kerja:
Ia merupakan tulang belakang dalam aspek disiplin yang perlu anda praktikkan dalam perniagaan anda. Jika anda mempunyai etika kerja yang bagus, keperluan untuk meningkatkan disiplin diri dan kesediaan untuk berkorban akan datang dengan sendirinya.
Pengurusan tekanan:
Anda akan menanggung sendiri segala beban samada kejayaan atau kegagalan dalam perniagaan ini dan ia memerlukan tanggungjawab yang banyak. Ambilkira kebolehan anda menangani tekanna dan sentiasa mencari jalan untuk mengendalikan tekanan dengan baik.
Anda juga perlu menimbangkan pelbagai aspek kewangan yang akan menentukan bahawa adakah anda benar-benar bersedia untuk menjalankan perniagaan ini.
Wang Simpanan:
Jika perniagaan anda berjalan agak perlahan, adakah anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk meneruskannya? Jika tidak, anda perlu memulakan perniagaan anda secara separuh masa terlebih dahulu sehingga ia benar-benar pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos kehidupan anda.
Perancangan Persaraan:
Kini anda tidak akan menikmati pencen yang akan ditanggung oleh majikan anda (jika anda berhenti sebelum cukup tempoh kelayakan). Anda perlu memikirkan tentang Akaun Persaraan anda dan dapatkan nasihat daripada perancang kewangan yang berdaftar semaasa memulakan perniagaan anda.
Insurans Kesihatan:
Anda juga tidak lagi menikamti pelbagai faedah kesihatan seperti kos perubatan, pergigian, insurans nyawa dan hilang upaya yang anda terima semasa bekerja makan gaji. Anda perlu mendapatkan perlindungan ini dengan inisiatif untuk mengelakkan risiko-risiko ini.
Percutian:
Anda perlu sedar bahawa tiada gaji yang akan anda terima jika anda ingin bercuti, lagipun siapa yang akan mengambil alih urusan perniagaan anda sepanjang tempoh percutian tersebut? Perancangan yang teliti sebelum bercuti adalah sangat penting.
Anda juga akan menghadapi pelbagai situasi sebenar dalam kehidupan anda yang jauh dari jangkaan anda selama ini seperti;
Kerja keras, jangkamasa yang panjang:
Jika anda berfikir bahawa dengan bekerja sendiri anda tidak perlu bekerja keras atau dalam masa yang panjang, mungkin anda perlu memikirkannya sekali lagi. Sebenarnya perniagaan ini bermakna anda perlu melakukan kedua-duanya untuk berjaya.
Gangguan:
Jika anda mempunyai anak-anak dirumah, anda perlu bersedia untuk menghadapi gangguan daripada mereka. Pastinya kelebihan berniaga dari rumah ialah anda dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga tapi anda perlu meletakkan had tertentu jika anda mahu memberikan tumpuan yang sewajarnya kepada perniagaan anda. Perkara yang sama juga perlu anda lakukan kepada pasangan anda.
Kehilangan Tumpuan:
Anda juga perlu berhati-hati apabila anda perlu melakukan pelbagai kerja rumah dalam tempoh masa yang telah anda tetapkan untuk menjalankan perniagaan. Mungkin dalam masa yang telah anda tetapkan untuk menjalankan perniagaan anda perlu membasuh kain atau membersihkan permaidani. Disiplin diri dan perancangan masa adalah sangat mustahak untuk mengelakkan produktiviti anda terjejas.
Perasaan Terasing dan Kesunyian:
Jika anda pernah bertugas di dunia korporat, selepas beberapa ketika bekerja dari rumah, anda akan mula merasa terasing dan kesunyian kerana pergaulan anda terbatas.Anda boleh mengatasinya dengan sentiasa membuat perancangan apakah yang akan anda lakukan sepanjang hari supaya anda boleh mengelakkan masa yang terluang tanpa membuat apa-apa.
Kesimpulannya, anda perlu sedar bahawa walaupun banyak kelebihan apabila bekerja dari rumah, namun masih ada banyak sebab perniagaan ini tidak sesuai untuk anda. Anda perlu membuat penilaian dengan serius berkaitan realiti sebenar kehidupan yang akan anda lalui disamping apakah kualiti yang ada didalam diri anda yang akan menjadikan perniagaan anda mencapai kejayaan.?
Adakah anda bersedia dan berupaya untuk menjalankan apa jua tugasan yang diperlukan? Jika anda dapat menjawab kesemuanya secara positif, ia mungkin sesuai untuk anda. Jika anda masih ragu-ragu, fikirlah dengan mendalam sebelum anda berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri, atau anda mungkin akan menyesal dikemudian hari.
P.S: Saya sendiri telah mula merasai realiti ini dan kebanyakannya adalah benar. Jadi, fikir-fikirkanlah dahulu sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com/
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com/
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Saturday, March 04, 2006
Tips Mengelak Dari Menjadi Mangsa Penipuan (Part 2)
#6 - Adakah Wang Anda Akan Dikembalikan?
Sesetengah peluang perniagaan mungkin melibatkan pembelian peralatan, bahan-bahan dan sebagainya. Satu perkara yang anda mesti tahu ialah samada syarikat tersebut mempunyai polisi pemulangan kembali wang. Jika ya, anda perlu tahu syarat-syaratnya sebelum anda membuat komitmen.
Ada dua aspek mengenai perkara ini: Pertama, anda tidak mahu terlibat di dalam skim di mana syarikat tersebut menjalankan perniagaan dengan memperolehi keuntungan daripada penjualan peralatan dan barang-barang ini. Kedua, jika perniagaan ini sahih dan anda dapati selepas anda menceburinya, ianya tidak sesuai dengan anda, anda harus tahu bagaimana hendak mengurangkan kerugian.
#7 - Adakah Ia Menguntungkan Walaupun Dengan Kerja Keras?
Ada beberapa jenis penipuan yang berselindung di sebalik nama premis pekerjaan di mana anda perlu membeli “perniagaan” itu dalam jumlah yang ditetapkan dan selepas itu anda akan diberi “Pakej Permulaan” dan anda dikehendaki menyiapkan kerja tersebut. Ia adalah satu penipuan kerana kerjanya adalah sukar dan tidak memberangsangkan, tambahan pula produk itu sendiri tidak dapat dipasarkan dengan jayanya.
Tujuan sebenarnya ialah supaya anda akan putus asa, dan apabila anda berhenti, pelaburan awal anda akan hangus. Tiada pulangan wang bagi anda tetapi sebaliknya keuntungan kepada syarikat. Jenis penipuan seperti ini seringkali menyiarkan iklan mereka dengan mengatakan tiada polisi pemulangan wang dalam cetakan kecil.
#8 - Pengetahuan Mengenai Pasaran
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak permintaan dan iklan bagi pekerja dari rumah bagi beberapa “perkhidmatan khusus” seperti perkhidmatan pengebilan terutamanya dalam industri perubatan dan utiliti, dan kerja-kerja seni dan kraftangan. Buatlah kajian pasaran sebelum anda mendaftar. Adakah berbaloi tugas ini dengan tenaga yang anda keluarkan.
Contohnya benarkah wujud pasaran di tempat anda bagi perkhidmatan seperti ini? Jika anda diambil bekerja dengan janji bahawa ada pelanggan sedia ada yang telahpun menggunakan perkhidmatan tersebut, hubungi mereka untuk mendapatkan kepastian, dan dapatkan gambaran sebenar tentang perkhidmatan yang diperlukan.
#9- Tuntutan Perundangan
Panduan ini sebenarnya berkait rapat dengan perkara di atas. Sebelum anda mula menerima apa saja jenis kerja khusus, periksa dahulu jika ada keperluan perundangan tertentu. Ini mungkin termasuk tuntutan perlesenan, pendaftaran dan pengezonan bagi beberapa jenis aktiviti perniagaan tertentu. Periksa dengan pihak berkuasa tempatan contohnya majlis perbandaran ataupun Pendaftar Syarikat bagi tuntutan-tuntutan ini.
#10 - Periksa Sumber Maklumat
Sebelum anda melibatkan diri dengan apa sahaja jenis perniagaan tertentu, periksa sumber-sumber maklumat seperti jurnal perdagangan dan laman web berkaitan. Sumber-sumber ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan boleh dipercayai mengenai berita, latihan, dan acara-acara tertentu.
Anda juga mungkin dapat memperolehi maklumat terperinci mengenai perkara-perkara berkaitan seperti agensi kerajaan yang terlibat dan maklumat mengenai pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam industri tersebut. Anda juga boleh menyertai forum untuk bertanya soalan, mengemukakan isu-isu berkaitan dan sebagainya.
#11 - Tawaran Istimewa
Sebahagian daripada cara “menghidu” penipuan ialah dengan melihat jika terdapat apa yang dipanggil wang pendahuluan terhadap gaji anda selepas anda mendaftar dengan sesebuah syarikat. Ini adalah cara biasa yang digunakan untuk menarik kepercayaan anda, serta untuk menipu wang anda.
Pertama, anda akan menerima sekeping cek – kononnya adalah wang pendahuluan bagi gaji bulan pertama anda. Ini memberikan anda keyakinan bahawa perniagaan itu benar-benar sah. Setelah mendapat bayaran itu, anda tentu akan pergi mendepositkan cek tersebut.
Sebelum sempat cek itu diluluskan oleh bank, anda akan dihubungi oleh pihak syarikat yang meminta supaya anda memulangkan sebahagian daripada wang tersebut, atau untuk memulangkan cek tersebut kerana berlaku sedikit kesilapan.
Mereka juga berjanji yang anda akan menerima bayaran yang sebenar tidak lama lagi. Selepas anda memulangkan wang itu (menggunakan cek anda), anda akan diberitahu oleh pihak bank bahawa cek yang diberikan oleh syarikat adalah cek tendang. Dengan ini, mereka telah berjaya menipu wang anda. Apa yang anda dapat adalah cek tendang dan tiada harapan untuk anda mendapat wang anda kembali daripada syarikat.
#12 - Piramid – Bentuk Yang Harus Dicurigai
Skim Piramid adalah berita buruk, tidak kira dari sudut mana anda melihatnya. Secara amnya, ia adalah perniagaan yang melibatkan “perluasan perniagaan” yang dijalankan bukan dengan penjualan barang atau bayaran bagi perkhidmatan, tetapi melalui sistem pengambilan ahli baru yang akan meneruskan perluasan perniagaan itu dengan mengambil lebih ramai lagi ahli baru.
Kadang kala, syarikat yang menjalankan skim piramid ini akan berpura-pura bahawa sebenarnya ada jual beli berlaku atas barang-barang tertentu, contohnya lukisan atau makanan kesihatan. Tetapi apabila anda meneliti dengan lebih mendalam, anda akan lihat bahawa aktiviti utamanya ialah memperluaskan dasar piramid itu dengan mendapatkan lebih ramai orang bawahan atau “downliners”.
Seringkali juga, ahli-ahli baru terpaksa membayar wang yang banyak untuk memasuki skim ini. Di negara kita, perkara ini telah banyak kali berlaku, dan ramai orang yang tidak bersalah telah tertipu. Mereka telah membayar sejumlah wang yang banyak selepas menerima pulangan awal, tetapi kemudiannya hilang kesemua wang mereka apabila piramid itu runtuh.
Jadi, pastikan ia merupakan peluang yang benar-benar sah dan berhati-hatilah apabila ditawarkan dengan “wang mudah”. Satu peringatan dari Beverly Williams, Presiden dan Pengasas American Association of Home-Based Business ialah “Terdapat SANGAT SEDIKIT peluang (bekerja dari rumah) yang sah terdapat di pasaran”.
Jangan menjadi mangsa! Buat penyelidikan sebelum membuat sebarang pelaburan atau penyertaan. Risiko yang paling besar ialah kehilangan wang yang susah payah anda perolehi selama ini. Anda juga akan merasa kesal/bingung/tertekan sekiranya anda telah memberikan maklumat peribadi anda seperti maklumat kad kredit dan akaun bank kepada syarikat yang tidak bertanggung jawab tersebut.
Orang yang terlibat di dalam komplot penipuan ini mungkin boleh menggunakan maklumat yang anda beri kepada mereka untuk kerja-kerja penipuan yang lain seperti mengklon kad kredit anda atau membuat pengeluaran daripada akuan bank anda tanpa anda ketahui. Sekiranya anda menjadi mangsa kepada penipuan peluang perniagaan yang beroperasi di luar negara, anda tidak akan mempunyai tempat untuk ditujui di dalam negara bagi membantu anda menyelesaikannya.
Diharap anda mendapat manfaat darinya.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm
Friday, March 03, 2006
Tips Mengelak Dari Menjadi Mangsa Penipuan (Part 1)
Semalam saya telah senaraikan begitu banyak contoh peluang yang biasanya menipu. Tetapi kadang-kadang kita tidak dapat mengenalpasti adakah ia satu penipuan kerana kurangnya pengetahuan. Oleh itu, hari ini saya akan berikan serba sedikit tips yang boleh dijadikan panduan agak anda tidak akan menjadi mangsa. Tips-tips ini saya perolehi daripada pelbagai sumber termasuk ehomemakers.net .
Kebanyakan iklan disuratkhabar memerlukan anda SMS nama dan alamat anda ataupun menghantarkan sampul surat beralamat sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut. Selepas itu, anda akan menerima surat yang akan menerangkan lebih terpeinci mengenai program, perniagaan atau apa jua peluang yang ingin ditawarkan.
Disinilah anda perlu berhati-hati menilai mana satu peluang yang benar-benar sesuai untuk anda selain benar-benar menguntungkan anda (bukan pihak pengiklan sahaja)
Selain suratkhabar, internet adalah salah satu sumber terbaik untuk mencari peluang menambahkan pendapatan. Apabila anda memilih untuk mencarinya melalui internet, pastinya anda mendapatkan akaun email dan meluangkan masa melayari pelbagai laman web untuk mencari peluang kerja yang sesuai.
Salah satu nasihat saya ialah menyediakan satu akaun email khas untuk digunakan semasa proses pencarian yang sesuai. Jika anda memberikan alamat email peribadi anda (yang digunakan untuk berhubung dengan rakan-rakan atau urusan lain), jangan terkejut jika anda menerima puluhan email (dari mereka yang tidak dikenali) dan anda akan membuang banyak masa menyemak dan memadam email yang tidak dikehendaki.
Ini biasanya berlaku apabila anda memberikan nama dan alamat email anda di sesebuah laman web untuk mendapatkan sesuatu (seperti ebuku, lapuran,akses laman web atau perkhidmatan percuma). Maklumat anda juga mungkin dijual atau disewa kepada pihak ketiga yang ingin mencari prospek untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka.
Anda mungkin dapati peti e-mel anda dihujani dengan e-mel yang menjemput anda mengambil bahagian dalam skim kewangan, peluang perniagaan dan sebagainya yang kesemuanya menjanjikan kejayaan. Begitulah menurut pengirimnya.
Apa yang harus anda buat? Bagaimana anda hendak mengenalpasti peluang sebenar di antara selonggok iklan yang kesemuanya kelihatan menarik? Jika anda pernah terjumpa peluang-peluang seperti yang dibincangkan didalam post sebelum ini, anda perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenainya kerana dikhuatiri anda akan kecewa.
Saya sendiri pernah tertipu beberapa kali semasa mula-mula saya mencari peluang pekerjaan dari rumah. Namun, setelah saya membuat pelbagai kajian dan pembacaan, barulah saya ketahui bahawa sebenarnya kita boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan didalam pencarian anda.
#1 - Siapakah Anda?
Tanya soalan ini kepada sesiapa sahaja yang menawarkan anda pekerjaan secara online atau pos. Dalam kes ini, anda mempunyai hak untuk tahu lebih lanjut mengenai mereka, termasuklah menyemak mereka dengan pihak berwajib seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Anda boleh menyemak kesahihan maklumat melalui laman web SSM di http://www.ssm.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terpeinci mengenai syarikat.
Dalam hal ini, anda pastinya mempunyai banyak soalan penting untuk mereka jawab, termasuk harga barangan, bentuk perniagaan atau pekerjaan, pembayaran komisen atau elaun dan sebagainya.
Contohnya, anda mungkin berpendapat bahawa syarikat tersebut akan mencarikan pelanggan untuk anda, sedangkan mereka mungkin hanya bersedia untuk menyerahkan kepada anda senarai e-mel/alamat yang mungkin dibeli dari syarikat lain. Anda sendiri terpaksa melakukan kerja keras dan mendapatkan peluang perniagaan sendiri. Dapatkan butir-butirnya. Ingat, syarikat yang kelihatan terlalu berahsia mengenai butir-butir mereka patut disyaki.
Anda juga perlu berhati-hati dengan syarikat yang tidak melampirkan sebarang kaedah untuk menghubungi mereka samada melalui telefon, email ataupun surat. Sebuah syarikat yang sah tentu gembira untuk memberitahu anda siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana bentuk perniagaan mereka.
#2 - Kaji sebelum memberikan maklumat peribadi anda
Jelas, bukan? Walaupun begitu, ramai di antara mereka yang baru mula menceburi bidang pekerjaan dari rumah yang mudah terpengaruh dan memberikan maklumat sensitif ini hanya kerana mereka diminta berbuat demikian melalui e-mel. Kaji dahulu – permintaan itu mungkin kedengaran tidak mencurigakan – sebagai sebahagian daripada tawaran, anda mungkin diminta untuk memberikan nama dan butir-butir peribadi seperti No. Kad Pengenalan, alamat rumah , dll supaya kad “pekerja” boleh dikeluarkan untuk anda.
Ataupun, berikan butir-butir kad kredit supaya satu lagi kad “EMAS” akan menjadi milik anda tanpa persoalan. Jangan sekali-kali memberi butir-butir ini kerana sungguh mudah bagi mereka menggunakannya untuk tujuan penipuan. Sekiranya anda membuat keputusan untuk menyertainya, elakkan daripada menghantar maklumat kad kredit anda melalui internet melainkan anda benar-benar pasti tentang pihak yang menerimanya.
Sentiasa pastikan urusan yang dibuat dengan menggunakan kad kredit adalah selamat, terutamanya apabila anda memberikan maklumat peribadi bersamanya. Jangan lupa untuk mencatat dan merekodkan semua maklumat urusniaga dan pihak yang menerimanya.
#3 – Email/surat dari orang yang tidak dikenali
Jangan buka emel yang anda terima daripada orang yang anda tidak kenali. Sekirannya anda memilih untuk membukanya juga, anda juga menghadapi risiko kemungkinan komputer anda akan dijangkiti virus. Sememangnya peluang berniaga di rumah sangat menarik, tetapi anda perlu menolak mana-mana tawaran yang tidak memberitahu anda dengan siapa anda berurusan sebenarnya atau tempat anda menghantar pelaburan anda secara terperinci.
Email ini biasanya akan dipenuhi dengan perkataan HURUF BESAR dan tanda $$$ menandakan wang segera. Anda akan selalu melihat kata-kata seperti, MUDAH DAN SENANG, ANDA BOLEH MEMPEROLEHI BERIBU-RIBU RINGGIT, PEROLEHI $$ TANPA MEMBUAT APA-APA dan sebagainya. Emel/surat ini biasanya lebih menekankan kepada betapa senangnya mendapatkan sejumlah wang yang banyak dengan cepat tanpa bersusah payah.
Adakah syarikat itu sendiri yang menawarkan pekerjaan? Ataupun, mereka “hanya” menawarkan untuk menjual kepada anda bahan-bahan latihan dan bertindak sebagai agen dalam mendapatkan peluang perniagaan kepada anda?
#4 - Untung Yang Besar Tidak Datang Dengan Mudah
Kata-kata ini bagaimanapun seringkali dilupakan. Dengan bekerja atau menjalankan perniagaan dari rumah sama juga seperti menjalankan jenis perniagaan lain di mana untung atau jika bekerja gaji yang diterima adalah sesuatu yang penting. Secara amnya, anda memindahkan pejabat ke rumah anda, itu sahaja! Untuk mendapatkan wang yang banyak, anda hendaklah meneliti perkara-perkara asas, contohnya cari sesuatu yang anda boleh lakukan dengan baik, lakukannya dengan tekun, melabur dengan baik dalam peralatan dan sentiasa memperbaiki kemahiran dan pengetahuan anda.
Jika seseorang menawarkan anda wang ringgit yang banyak bagi “kerja yang sedikit”, awaslah – tentu ada sesuatu yang tak kena. Antara ayat yang sering digunakan ialah “Sekiranya anda ingin mendapatkan beberapa ribu ringgit dengan cepat, sila luangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami program yang mudah ini,” kata salah satu daripada emel yang saya terima. Ia diteruskan dengan, “Saya yakin anda akan berpuas hati dengan RM15,000 atau lebih yang akan anda perolehi dalam tempoh 90 hari.”
Walaupun pada permulaan emel/surat tersebut menjanjikan wang segera tanpa perlu berbuat apa-apa, tetapi daripada pembacaan saya seterusnya saya dapati bahawa untuk melayakkan diri saya mendapat habuan tersebut saya perlu melaburkan sejumlah wang saya sendiri. Sudah tentu ada risiko kehilangan wang pelaburan kita tetapi di dalam emel tersebut masih lagi boleh mengatakan yang skim ini “tidak berisiko”.
#5 - Terdapat faktor mendesak
Selalunya pasti ada had penyertaan sebagai faktor mendesak seperti “Peluang ini hanya untuk 10 orang pertama yang menyertainya sahaja”. Pemangsa mendesak anda membuat keputusan samada mahu atau tidak melaburkan wang anda. Mereka tahu bahawa lagi cepat anda membuat keputusan, lagi sedikit anda berfikir dan memeriksa samada skim ini benar atau palsu.
Dan sekiranya mereka hanya beroperasi untuk sementara waktu sahaja, keadaan ini memberi peluang kepada mereka untuk mengaut semua pelaburan dan melarikan diri. Kadang-kadang, ada juga skim yang menghendaki anda menghantar wang/pelaburannya sebelum anda mengetahui apakah sebenarnya skim atau program atau perniagaan atau pekerjaan itu dengan lebih lanjut. Ini adalah sangat bahaya lebih-lebih lagi jika tiada maklumat untuk dihubungi.. sekadar alamat email mahupun PO Box.
..Saya akan sambung pada part 2.
Salam sukses!
Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com/
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com/
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm