Wednesday, March 01, 2006

Mengapa Saya Memilih Untuk Bekerja Dari Rumah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahukah anda bahawa pada setiap tahun, semakin ramai yang memilih untuk bekerja atau berniaga dari rumah. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu memilih situasi ini. Saya telah memilih untuk berhenti kerja atas alasan untuk menumpukan lebih banyak masa untuk keluarga dan anak-anak disamping berupaya memperolehi pendapatan sampingan tanpa perlu meninggalkan rumah.

Saya pasti anda juga mempunyai keinginan yang sama (jika tidak anda tidak akan membaca blog ini). Terdapat banyak sebab mengapa saya memilih untuk bekerja dari rumah. Antaranya ialah;

Kebebasan : Bukankah semua orang inginkan kebebasan dalam menjalankan sebarang tugas dan ini tidak akan diperolehi jika anda menjadi pekerja. Saya lebih suka mengabil risiko didalam membuat kesilapan dalam perniagaan saya dan memperbaikinya. Ia akan memberikan kepuasan yang tak terhingga kerana ia adalah hasil usaha anda yang tulen.

Keseronokan belajar dari pengalaman : Kita akan belajar daripada kesilapan kita lebih pantas apabila kita bekerja sendirian. Dengan itu, anda akan membuat kesilapan baru tanpa mengulangi kesilapan yang sama didalam suasana ayang terkawal.

Kebebasan membuat keputusan: Semua orang pastinya ingin menjadi kapten kapal dan penentu kepada matlamat. Semasa bekerja saya perlu mendapat kelulusan/pendapat pelbagai pihak sebelum membuat sebarang keputusan hanya kerana perlu megikut prosedur tertentu.

Waktu bekerja yang fleksibel : kebebasan untuk memilih waktu bekerja sendiri adalah sangat menyenangkan diri saya Jika sebelum ini saya terpaksa bekerja lebih 8 jam disamping merasakan diri dieksploitasi selain kehidupan rumahtangga yang agak sukar diuruskan benar-benar memeningkan kepala. Kini sejak saya mula bekerja dari rumah, saya boleh memilih untuk bekerja 1- 2 jam sahaja sehari selain berupaya menguruskan rumahtangga dengan gembira tanpa sebarang tekanan!

Cabaran baru: Adakah anda manusia yang akan menyahut segala cabaran dan memenanginya? Jika ya, ini bermakna anda berkongsi satu sifat yang bagus bersama usahawan lain yang telah berjaya didalam bidang perniagaan seumpama ini.

Kualiti kerja terbaik: Oleh kerana saya bekerja sendiri, kecemerlangan merupakan faktor terpenting. Sebagai pekerja anda biasanya terpakasa menjalankan pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan minat/kepakaran anda hanya kerana arahan majikan. Dan ini biasaya menghasilkan rasa tidak puashati. Dalam perniagaan ini, ia memberikan anda kebebasan untuk melakukan perkara terbaik untuk menjadi terbaik.

Reputasi: Anda akan dikenali berdasarkan kualiti kerja anda sebagai individu, bukan dari organisasi yang anda wakili atau pangkat anda. Dengan itu anda membina reputasi dan identiti anda tersendiri.

Pulangan yang lebih lumayan: Biasanya gaji dan pangkat anda tidak sejajar dengan pencapaian anda. Selain itu ia juga banyak dipengaruhi oleh kelulusan dan pengalaman anda. Dengan perniagaan ini, anda tidak perlukan semua itu, anda tentukan berapa banyak pulangan yang anda inginkan dan berusaha mencapainya.

Saya telah menyenaraikan beberapa sebab mengapa saya memilih untuk bekerja dari rumah. Anda pasti mempunyai sebab tersendiri yang boleh anda fikirkan. Adalah penting untuk mengetahui “mengapa” anda memilih bidang ini sebelum anda memutuskan “apakah bidang” yang anda ingin lakukan. Fikir-fikirkanlah..

Salam Sukses!

Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm
Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wati,
saya suka denagn tajuk "mengapa saya memilih untuk bekerja dari rumah.Bagi saya betul cakap watu tu.. saya skrg ni byk habiskan duit dgn hantar anak ke nursery krn saya bekerja. saya akan cuba mulakan perniagaan internet ni.. terima kasih. Semoga suksess

siantan77 said...

terima kasih atas komen anda.memang banyak beza bila dah bekerja sendiri. dulu saya jadi webmaster (walaupun bukan bidang saya), nak ubah website sikit pun kena tanya pengarah..banyak sangat level nak kena refer.

sekarang ni.. tak kisah la nak buat website macam mana.. takde sapa larang. apa yang penting kita happy.

tapi sebaiknya buat part time dulu. bila dah agak stabil boleh la "berhenti".

good luck to you too!

Anonymous said...

Salam,
Kadangkala kita merancang tetapi Allah lebih tahu yang terbaik utk kita. Saya pun masih keliru adakah keputusan berenti kerja adalah terbaik. Tetapi setiap hari selepas solat berdoa semoga Allah kuatkan jiwa yakinkan diri ini adalah yg terbaik dr Allah. Pasti ada hikmah yg kita sbg manusia lambat nampak itu semua. Benar point Kak Asma; anak-anak & famili lebih penting dr 'glamer' sebagai pekerja bermajikan.Pay tak setimpal dgn 'segala jiwa raga kuserahkan kpd majikan'.sakit jiwa dgn karenah manusia sekeliling,balik rumah dgn karenah anak & suami lagi..sebenarnya apa yg kita apa yg kita cari dalam hidup?depend kpd masing2,tapi pada saya:apa org lain makan-minum kita pun dapat dgn cara kita.mana org pegi kita pun dapat dgn cara kita, tetapi dgn jiwa yg tenang tanpa tekanan...anak2 terkawal & kehidupan diberkati serta harmoni....tak terkejar sana-sini.....insyaAllah.