Thursday, March 02, 2006

Berhati-hati sebelum membuat pilihan (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok saya sambung daripada part 1. Dimana kita dah tahu mereka yang sering menjadi mangsa penipuan. Jadi sekarang saya akan bincang pula tentang dimanakah biasanya MANGSA dan PEMANGSA bertemu.

Pada fikiran anda, terdapat 2 kaedah terbaik iaitu suratkhabar dan internet. Dan disinilah lubuk untuk DAPAT WANG ATAU HILANG WANG. Namun,anda perlu berhati-hati kerana anda mungkin akan kecewa kerana menghabiskan wang, masa dan tenaga kerana anda telah menjadi mangsa penipuan!

Berikut disenaraikan beberapa jenis penipuan yang sering ditemui samada melalui iklan di suratkhabar tempatan mahupun internet;

#1)Mengisi sampul surat:
Merupakan satu kaedah yang paling klasik sekali dimana ia bermula semasa Kegawatan Ekonomi Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Anda dijanjikan akan dibayar antara RM1-2 untuk setiap envelop yang anda isikan. Anda hanya perlu membayar sedikit yuran dan anda DIJAMIN akan menerima sehingga 1,000 sampul surat seminggu… yang telah siap diisi dan lengkap ditampal dengan setem! Apa yang tidak dinyatakan ialah anda perlu mendapatkan alamat bakal pelanggan.

Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima satu manual ringkas dan contoh flyer yang perlu anda edar atau iklankan dalam usaha anda mendapatkan alamat pelanggan. Setelah mendapat langganan dan bayaran, anda hanya perlu fotokopi manual ringkas tersebut dan berikan kepada pelanggan anda. Kaedah yang sungguh bijak tetapi tidak beretika!

#2) Surat/Email Berantai (Perolehi Wang Segera):
Jika anda sering mencari peluang pendapatan dari rumah melalui internet/suratkhabar, anda pastinya pernah menerima dan melihat surat/email berantai ini. Mereka menjanjikan bahawa anda hanya perlu menghantar surat/email bersama sejumlah wang kepada nama mereka yang tersenarai, kemudian mengeluarkan nama diaras bawah sekali dan digantikan dengan nama anda.. dengan harapan suatu hari anda akan menjadi jutawan.

Ia juga ada dikatakan didalam versi kutu atau konsep saling membantu melalui kaedah sedekah dimana anda bersetuju untuk memberikan wang tersebut tanpa sebarang paksaan. Pada saya ia adalah satu bentuk skim piramid. Biasanya ia senarai ini akan dimanipulasikan dimana hanya satu nama sahaja yang sentiasa berada diatas(pengasas program) dan akan menerima wang sangat banyak. Program seperti ini sepatutnya digelar Program “Hilang Wang Segera”….

#3) Sila dail nombor 600 untuk maklumat lanjut :
Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa (dan wang) dengan mendail nombor-nombor sebegini. Anda pastinya tahu bahawa kos panggilan ke nombor 600 sangat mahal iaitu RM1.95 seminit (7.00 pagi-7.00 mlm) dan RM0.98 (7.00 mlm-7.00 pagi). Bayangkan jika anda menghabiskan 5 minit diwaktu siang, anda telah membazirkan hampir RM10.00 dan disitulah mereka memperolehi keuntungan. Simpan wang anda dan jangan mendail mana-mana nombor 600 hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang dikatakan peluang bekerja dari rumah..

#4) Senarai Nama Syarikat :
Jangan terpedaya dengan membeli senarai syarikat yang memerlukan khidmat pekerja di dari rumah..melalui kaedah ini , anda membayar untuk mendapatkan senarai syarikat yang mencari pekerja dari rumah sama seperti anda samaada dalam bentuk digital atau bercetak.

Antara syarikat yang biasa tersenarai ialah syarikat yang menawarkan pekerjaan pemasangan barangan, pengurusan katalog, syarikat MLM, dll. Apa yang menjadi masalahnya ialah, Senarai ini tidak semestinya betul benar kerana syarikat tersebut mungkin tidak mencari pekerja dari rumah ataupun tidak pernah bersetuju untuk disenaraikan, atau tidak dapat dipastikan adakah perniagaan tersebut dijalankan secara sah atau masih terbuka peluang untuk anda memohon. Biasanya adalah sukar untuk anda mendapatkan kembali wang anda.

#5)Memasang barangan:
Biasanya peluang serupa ini akan memberitahu bahawa ada akan memasang barangan seperti anak patung, komponen elektronik, permainan kanak-kanak, produk kegunaan hotel dan pelbagai lagi projek kraftangan yang boleh dilakukan dirumah dan dijanjikan upah yang lumayan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membayar deposit/ yuran pendahuluan (yang dijanjikan akan dikembalikan semula) dan anda akan menerima segala peralatan, barangan dan arahan yang perlu dilaksanakan. Sangat menarik bukan?

Anda akan bernasib baik jika menerima produk yang dijanjikan selepas membuat pembayaran kerana saya pernah kehilangan RM70 begitu sahaja tanpa menerima apa-apa!. Apa yang berlaku ialah, apabila anda telah menerima produk dan menyiapkan mengikut arahan, anda akan dimaklumkan bahawa “ produk anda tidak menepati spesifikasi” walaupun jika anda adalah robot, adalah mustahil untuk anda menepati kehendak mereka. Syarikat ini sebenarnya membuat keuntungan melalui penjualan starter kit.. bukannya produk yang dipasang.

Selain suratkhabar, internet adalah salah satu sumber terbaik untuk mencari peluang menambahkan pendapatan. Oleh itu, anda pun mendapatkan akaun emel dan meluangkan masa melayari pelbagai laman web untuk mencari peluang kerja yang sesuai.

Nampaknya peluangnya banyak hinggakan walaupun anda tidak mencarinya, anda mungkin dapati peti e-mel anda dihujani dengan e-mel yang menjemput anda mengambil bahagian dalam skim kewangan, peluang perniagaan dan sebagainya yang kesemuanya menjanjikan kejayaan. Begitulah menurut pengirimnya. Apa yang harus anda buat? Bagaimana anda hendak mengenalpasti peluang sebenar di antara selonggok iklan yang kesemuanya kelihatan menarik?

#6)Menaip dari rumah (data entry clerk, typist, email processing clerk,etc) :
Jika anda sering menggunakan komputer, pastinya tidak mustahil anda menjadi seorang jurutaip yang bagus. Jadi pastinya menarik apabila anda boleh menggunakan kemahiran anda itu sebagai salah satu kaedah menjana pendapatan hanya dengan menaip dari rumah. Peluang seperti ini juga sering diiklankan untuk memerangkap anda dengan pelbagai nama jawatan. Bagaimana ia dijalankan?

Biasanya selepas menjelaskan sejumlah wang kepada “penipu” ini hanya untuk mendapatkan “maklumat lanjut” anda biasanya akan menerima bahan-bahan melalui disket, muat turun atau maklumat bercetak yang akan memberikan anda pelbagai maklumat berkaitan dimana dan bagaimana anda boleh mengiklankan tentang peluang “menaip dari rumah” serta risalah jualan (dalam flyer, surat, email, laman web,dlll) akan diberikan kepada sesiapa yang berminat.

Apabila mereka membuat pesanan untuk mendapatkan “maklumat lanjut” (sama seperti yang anda telah lakukan sebelum ini), anda hanya perlu mencetak/menyalin semua bahan yang anda telah terima kepada pelanggan anda. Sebenarnya ia akan cuba menjadikan anda seorang PENIPU!! Kerana hakikatnya tiada sebarang produk yang dijual, hanya maklumat tentang kaedah dan bahan mengiklankannya.

#7)Perolehi Wang Dengan Melayari Internet:
Anda dikehendaki untuk daftar masuk ke laman internet tersebut sebanyak x kali atau memuat turun sesuatu perisian pelayar internet ke computer anda, dan membaca iklan atau melihat papan iklan yang tertera. Syarikat laman tersebut akan mengenakan bayaran kepada syarikat-syarikat yang membuat iklan dan ganjaran akan diberikan kepada ahli yang memenuhi kuota.

Apa yang anda tidak ketahui ialah, anda akan mengambil masa yang lama untuk mencapai kuota yang telah ditetapkan sebelum anda layak menerima skim bayarannya, itupun sekiranya anda berjaya mencapainya. Tiba masa anda menerima bayaran, jumlah tersebut akan ditolak pula dengan kos pengurusan (boleh mencecah 20 peratus). Situasi yang lebih teruk yang boleh berlaku ialah penutupan laman web tersebut sebelum mana-mana peserta sempat menerima bayarannya.

Skim seperti ini semakin bercambah dan dalam pelbagai variasi seperti PAID EMAIL, PAID TO SURF, PADI TO DOWNLOAD dan sebagainya . Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba skim-skim seperti ini, anda perlu memerhatikan perkara-perkara ini terlebih dahulu:

  • Berapa bayaran yang akan anda terima untuk aktivit yang perlu anda lakukan (membaca setiap e-mel, lawat website dsb)?
  • Apa yang perlu anda buat selain daripada membaca e-mel?, (contoh: sesetengah skim mengkehendaki anda memasuki laman web yang disertakan di dalam e-mel)
    Boleh atau tidak rakyat Malaysia menyertainya? Sesetengah skim hanya untuk warganegara US sahaja.
  • Berapakah jumlah paling minimum yang dibayar?Buat pengiraan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan bayaran minimum tersebut? Ingat bahawa anda perlu membayar akses internet dan bil telefon untuk membaca e-mel tersebut.
  • Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?. Sekiranya pembayaran dibuat dengan menggunakan cek (US), sebahagian kecil akan diambil oleh pihak bank sebagai caj perkhidmatan. Jika pembayaran dimasukkan keakaun online seperti Paypal, Clickbank, Stormpay,e-gold dan lain-lain, sila pastikan samada ia mengiktiraf urusniaga dengan warganegara Malaysia.

#8) Melobi Wang :
Skim ini telah wujud semenjak beberapa tahun yang lalu. Daripada permulaannya dulu menggunakan surat dan fax, kini ia semakin canggih, dengan menggunakan e-mel sebagai medium utama. Skim tersebut memberitahu anda yang pengirimnya (kebiasaannya daripada negara di Benua Afrika) mempunyai sejumlah wang yang banyak, memerlukan pertolongan anda untuk memindahkan wang ini ke dalam akaun bank anda, dan sekiranya berjaya, anda akan mendapat x peratus daripada jumlah tersebut.

Ramai ahli peniagaan yang bijak, dan para remaja telah terpedaya oleh skim seperti ini kerana sifat tamak. Khabar angin ada mengatakan, selepas melakukan perpindahan wang, sebahagian daripada peserta ada yang telah dibunuh selepas bertolak untuk menemui pengirimnya. Sebahagian lagi telah kehilangan sejumlah wang yang besar daripada akaun bank mereka, ataupun kehilangan barangan peribadi yang digunakan dalam jenayah yang lain. Berita penipuan seperti ini pernah disiarkan di suratkhabar METRO pada tahun lalu.

#9) Internet MLM :
Jika anda pernah terdengar syarikat MLM seperti Amway, Revell, CNI dan Cosway anda pasti tahu bahawa ia merupakan perniagaan MLM yang sah dimana para agen perlu menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Salah satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.

Syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaiknya Periksa latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menyertainya sebagai ahli.

Jika syarikat tersebut tidak berdaftar di Malaysia, anda tidak boleh membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan. Anda juga tidak boleh membuat aduan kepada orang yang memperkenalkan skim tersebut kepada anda kerana dia juga hanya merupakan seorang ahli sahaja.

#10) Sistem Affiliate:
Sistem affiliate ialah dimana seseorang individu akan dibayar sejumlah komisen apabila berjaya membuat jualan produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh penganjur sistem. Biasanya penganjur boleh jadi orang perseorangan mahupun syarikat namun ia bukanlah syarikat yang mempunyai lesen AJL. Maka ia tidak dikategorikan sebagai jualan langsung.

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mula membuat sistem affiliate sendiri. Namun, saya kira kebanyakkannya lebih menjurus kepada bentuk sistem piramid yang lebih mengutamakan kemasukan ahli baru berbanding kualiti produk.

Oklah, rasanya dah banyak yang saya tuliskan mengenai peluang yang ada dan penipuan yang sering terjadi. Harapan saya agar kita akan lebih berhati-hati dalam memilih dan janganlah hanya kerana ia menjanjikan PENDAPATAN LUMAYAN.. kita terjebak walaupun sedar bahawa ia adalah salah.

Maaf kiranya post kali ini agak panjang. Dan maaf juga jika ada yang tersinggung. Jika anda pernah terlibat dengan mana-mana program seumpama ini, boleh juga tuliskan komen anda agar dapat dikongsi oleh pembaca lain untuk dijadikan panduan. Wassalam.

Salam Sukses!

Asmawati Abd. Manap
Tips dan Panduan PERCUMA : http://kerjadarirumah.blogspot.com
Prepaid MURAH melalui SMS: http://www.tambahpendapatan.com/prepaidsms.htm
Peluang Side-Income: http://www.tambahpendapatan.com
Apa kata mereka? http://www.tambahpendapatan.com/testimoni.htm

Program Pengguna Bijak http://www.tambahpendapatan.com/cs2u.htm

3 comments:

Anonymous said...

Ini Satu artikel yang sungguh baik.Saya pernah ditipu. Wang saya lesap RM50.

Saya telefon tak jawab-jawab,saya email tak direply-reply,malah mark my email as SPAM.

Tapi saya tak kisah sangat sebab wang kerugian saya itu adalah satu berkat untuk mereka supaya mereka tidak akan membuat penipuan lagi.

Jika mereka akan terus membuat penipuan,maka wang saya yang lesap tu akan menghanguskan mereka dan mereka hanya akan dapat kekayaan hasil daripada penipuan mereka.

Semoga skim penipu didalam internet akan disiasat dan kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan untuk tegas untuk mengharamkan skim-skim penipu tersebut.

Semoga berjaya !!!

Dan Happy Father's Day untuk mereka yang pernah menipu saya, yang berjaya menipu saya yang dalam kesusahan dan perlukan wang ini. dan menggelapkan wang RM50 saya dan tak mahu jawab semua email dan keluhan saya.

Semoga panjang umur mereka yang suka menipu didalam internet supaya mereka diberikan peluang untuk bertobat sebelum ajalnya tiba.

Dan saya katakan AMIN supaya mereka berjanji tidak akan membuat penipuan lagi didalam internet.

siantan77 said...

setuju dengan anonymous..semoga mereka akan insaf dan kita yang tahu tentangnya perlu berkongsi maklumat agar tidak ada yang akan menjadi mangsa seperti anda dan saya.

Just Farah said...

Tidak semua sistem ini menipu. Anda hanya perlu berhati-hati. Saya menjana wang RM40,000.00 untuk sistem email/mail berantai. Saya menjana wang Rm12,000.0 untuk sistem program jualan melalui pos contohnya berniaga buku masakan, tips kesihatan, pelbagai buku menarik yang dijual secara pos/internet. Saya menjana wang lebih RM100,000.00 dengan sistem affiliate dan clickbank.Program menjana wang dengan sistem typist sememangnya penipuan yang bijak. Jadi itu berhati-hati. Sistem MLM telah diharamkan dalam perniagaan internet terutama Paypal.
Tidak semua program janaan wang adalah penipuan. Lakukan siasatan terperinci, dan kaji sistem janaan wang tersebut. Jangan hanya berani memandang ke depan tetapi takut untuk melangkah ke depan dan setiasa melihat ke belakang.
Bak kata iklan petronas, Berjalan mesti kedepan,buka ke belakang. Perjalanan berjuta batu, bermuladengan langkah yang kecil.

http://www.dapatwang.com/index.php?ref=scanvx